Suami isteri ditahan kerana biar anak tidur di kaki lima flat

Shopee Sale

Polis menahan sepasang suami isteri kerana tidak membenarkan anak lelaki mereka berusia 13 tahun masuk ke dalam rumah sehingga terpaksa tidur di kaki lima perumahan flat keluarga berkenaan di Pasir Gudang di Johor Bahru semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Mohd Sohaimi Ishak berkata pasangan warga tempatan berusia 56 dan 54 tahun itu ditahan pada jam 11.30 malam susulan tular di media sosial beberapa keping gambar remaja tersebut tidur di kaki lima.

Katanya gambar yang dimuat naik oleh pengendali akaun Facebook Group Komuniti Taman Air Biru mula dikesan semalam oleh pihak polis, seterusnya membawa kepada siasatan lanjut.

“Hasil siasatan awal mendapati remaja berkenaan telah diabaikan oleh ibu bapanya dengan dibiarkan tidur di kaki lima perumahan itu selama empat hari sejak Ahad lepas sehingga semalam.

“Melalui semakan mendapati suspek lelaki mempunyai dua rekod jenayah lampau dan hasil ujian saringan air kencing kedua-dua suspek adalah negatif dadah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, katanya, pasangan suami isteri berkenaan ditahan reman selama lima hari bermula hari ini.

MENARIK:  PKR rombak pimpinan negeri di tengah spekulasi konflik dalaman

“Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak kepada kecederaan fizikal atau emosi.

“Kes juga disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian,” katanya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular