Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mencadangkan kerajaan mewujudkan kementerian khusus bagi menjaga soal hak asasi manusia di Malaysia.
Berucap ketika pelancaran Laporan Hak Asasi Manusia 2024, Pengarah Eksekutif Suaram Sevan Doraisamy berkata kementerian itu perlu dipastikan bebas dan memiliki autoriti.
“Kuasa yang diberikan kepada kementerian itu tidak sepatutnya hanya di atas kertas. Ia perlu mempunyai kuasa untuk memastikan kementerian lain dan kerajaan agar keadaan hak asasi manusia di Malaysia bertambah baik,” katanya.
Sevan menegaskan perlunya satu mekanisme yang jelas dan berkesan untuk memperkasakan kementerian tersebut, bagi membolehkannya bertindak secara tegas dan membawa perubahan secara sistemik.
“Sekarang, ada beberapa perkembangan (hak asasi manusia) dalam kementerian (sedia ada). Sebagai contoh, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan masyarakat atau Kementerian Sumber Manusia dalam isu berkaitan pekerja migran.
“Tetapi (pada tahap tertentu), ia perlu berbalik kepada Kementerian Dalam Negeri. Di situlah halangannya... Kita tidak mahu itu berlaku,” katanya.
[Berita lanjut menyusul]