Subsidi diesel: K'jaan akan bincang dengan pemain industri pelancongan – Fahmi

Shopee Sale

Jurucakap kerajaan Fahmi Fadzil hari ini berkata kementerian berkaitan akan bekerjasama dengan pemain industri pelancongan yang terjejas akibat pelaksanaan subsidi diesel bersasar.

Bercakap kepada pemberita di Putrajaya, Fahmi memetik permintaan yang dibuat kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) semalam supaya kerajaan campur tangan, memandangkan bas persiaran pada masa ini tidak layak menerima skim subsidi diesel bersasar itu.

Ditanya jika bas persiaran akan dimasukkan ke dalam senarai penerima subsidi yang layak, Fahmi berkata, "tidak secara kekal".

"Tetapi saya fikir untuk tempoh tertentu kerajaan bercadang untuk melihat mekanisme agar kita boleh membantu kumpulan tertentu ini, kerana pengumuman (penamatan subsidi itu) datang pada masa mereka telah membuat pengaturan tertentu," katanya

"Tapi perincian nanti kita boleh rujuk dengan Motac... Mereka akan adakan sesi libat urus.

"Ini bermaksud kepada mana-mana pihak yang perlu intervention kerajaan, ada saluran, ada cara untuk menyampaikan.

MENARIK:  Buka UiTM kepada bukan bumiputera akan bantu bumiputera - Zaid

"Apa yang disampaikan oleh PM, sekiranya wajar dipertimbang kita akan pertimbang," katanya lagi.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular