Subsidi diesel: PKR Perlis tegur poster 'salah' JKOM

Shopee Sale

Lain diingin lain yang jadi.

Hasrat Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) membela tindakan kerajaan menyasarkan semula pemberian subsidi diesel mendapat teguran pemimpin prokerajaan sendiri.

MENARIK:  Masyarakat India dapat tambahan RM130 juta dalam 4 bulan - Ramanan

Pengerusi PKR Perlis Amin Ahmad antara pihak yang menegur jabatan bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) itu atas alasan memberikan gambaran salah.

Dia berkata demikian ketika mengulas poster digital JKOM yang antaranya menyebut kerajaan menjimatkan RM60.6 billion daripada penjimatan subsidi susulan langkah drastik itu.

“Poster ni berikan gambaran salah. Penjimatan tidaklah sampai RM60 billion. Kan ada subsidi bersasar?

“Kita bukan nak hapuskan semua subsidi,” kata bekas anggota parlimen Kangar itu.

Amin Ahmad

Poster itu antarnya menyebut, dengan penjimatan itu kerajaan boleh membina 110 hospital, 700 sekolah dan 242,000 rumah mampu milik.

Terdahulu pelbagai pihak turut tampil mempertikaikan poster itu.

Harga diesel di semenanjung diapungkan sejak lima hari lepas dan dijual pada kadar RM3.35 seliter.

Kenaikan itu dibuat susulan penyelarasan semula subsidi bahan bakar itu bagi mengelakkan penyeludupan dan mengurangkan kos kerajaan.

Subsidi kini akan disalurkan terus dalam bentuk tunai secara bulanan kepada pengguna kenderaan diesel yang layak.

Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan berkata penyasaran semula subsidi diesel dapat menjimatkan kantung kerajaan sebanyak RM4 billion setahun.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular