‘Subsidi ubat di fasiliti KKM dikekalkan, bantu kurangkan beban pesakit’

Shopee Sale

PARLIMEN l Subsidi ubat-ubatan kepada pesakit yang menerima rawatan di semua fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM) masih dikekalkan supaya rakyat tidak terbeban dengan sebarang peningkatan kos ubat.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata bagi mengurangkan beban pesakit yang mendapatkan rawatan di fasiliti swasta pula, KKM menyediakan harga panduan pengguna untuk membantu rakyat mendapatkan maklumat harga ubat-ubatan menerusi http://www.pharmacy.gov.my bagi membuat perbandingan harga.

"KKM telah meneliti inisiatif ketelusan harga ubat iaitu fasiliti kesihatan swasta yang dikenal pasti perlu memaparkan harga ubat seperti diumumkan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) pada 3 Okt 2023.

"Langkah ini dapat meningkatkan akses rakyat kepada bekalan ubat yang lebih kompetitif harganya serta membolehkan rakyat mengetahui harga ubat yang perlu dibayar seterusnya membuat pilihan mengikut kemampuan masing-masing," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Mohd Isam Mohd Isa (BN-Tampin) mengenai tindak balas KKM berhubung ramalan peningkatan harga ubat-ubatan serta produk farmaseutikal kira-kira lima hingga 10 peratus yang akan memberi tekanan kewangan kepada pesakit dan waris khususnya penghidap penyakit kronik.

Lukanisman memaklumkan harga ubat di pasaran dipengaruhi oleh pelbagai sektor ekonomi seperti kadar pertukaran mata wang asing, kos penyelidikan dan pembangunan serta masalah pengilangan yang di luar kawalan KKM.

Namun, katanya bagi membantu kerajaan mengurangkan kos perolehan ubat, KKM telah melaksanakan beberapa langkah antaranya kaedah perolehan ubat dengan kontrak tiga tahun yang dilihat memberi faedah dan manfaat besar kepada kerajaan.

MENARIK:  Aliran trafik di lebuh raya utama lancar

"Langkah ini mampu menjimatkan kos kerajaan untuk mendapat harga tawaran yang lebih stabil selain dapat memastikan tidak berlaku kenaikan harga dalam tempoh tiga tahun.

“Selain itu, KKM akan mengelakkan kos berulang bagi tujuan perolehan seperti kos pengiklanan tender, pemantauan kontrak lebih efektif dan mengelakkan terputusnya bekalan perkhidmatan sekiranya berlaku proses tender baharu," katanya.

Berkenaan peranancangan KKM untuk menstabilkan atau mengurangkan harga ubat bagi rawatan seperti depresi, leukemia dan kanser, Lukanisman berkata ubat-ubatan ini masih lagi diedarkan secara percuma kepada pesakit KKM walaupun harga ubat dikawal pembekal atau produser ubat berkenaan.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular