Sultan Pahang terima menghadap Anwar di Istana Abdulaziz

Shopee Sale

Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Abdulaziz, di Kuantan sempena lawatan beliau ke negeri ini.

Berangkat sama Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah.

Perdana Menteri tiba di istana berkenaan pada pukul 3.40 petang, dengan pertemuan berlangsung kira-kira satu jam.

Anwar kemudiannya beramah-mesra dengan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, sebaik selesai pertemuan berkenaan.

Dalam lawatan sehari ini, perdana menteri juga turut dijadualkan mendengar sesi taklimat pembangunan negeri oleh Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, di pejabat Setiausaha Kerajaan negeri dan kemudiannya melakukan jelajah mesra di bazar Ramadan Taman Kerang, serta menghadiri Majlis Berbuka Puasa Madani peringkat negeri Pahang di Masjid Tengku Ampuan Afzan, Indera Mahkota.

MENARIK:  Anak terdampar: Ambiga lontar cabaran kepada PH

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular