Sumber PN: Bersatu, bukan Gerakan dapat kerusi KKB

Shopee Sale

Calon Perikatan Nasional bagi pilihan raya kecil Kuala Kubu Bharu bulan depan adalah daripada Bersatu, dan bukannya Gerakan yang mahu bertanding semula di kerusi itu.

Menurut sumber PN, gabungan tersebut akan mencalonkan pemangku ketua bahagian Bersatu Hulu Selangor, Azhari Saut .

Sumber itu mendakwa keputusan berkenaan dicapai demi meraih sokongan orang Melayu dan India kepada gabungan yang turut dianggotai oleh PAS itu.

Kuala Kubu Bharu adalah kerusi kawasan pilihan raya campuran, dengan pengundi Melayu mewakili 46 peratus, pengundi Cina 30 peratus, pengundi India 18 peratus, dan lain-lain enam peratus.

Minggu lalu, Presiden Gerakan Dominic Lau berkata partinya akan bertanding pada pilihan raya itu.

Turut menjadi spekulasi adalah bahawa Gerakan berhasrat untuk meletakkan Muniraa Abu Bakar, yang tewas dalam pertandingan merebut kerusi Bukit Lanjan kepada calon Pakatan Harapan pada pilihan raya negeri tahun lalu.

Ketika itu, PN meletakkan wakil Gerakan, Henry Teoh di Kuala Kubu Baharu, yang tewas kepada mendiang Lee Kee Hiong.

MENARIK:  Banduan Pokok Sena mati selepas hukuman sebatan, NGO tuntut siasatan

Sebelum ini, Malaysiakini melaporkan Pakatan Harapan dijangka menamakan pembantu Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming sebagai calon DAP.

Menurut sumber PH, Pang Sock Tao, 31, akan diumumkan secara rasmi sebagai calon malam ini.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular