Sungai di Alaska bertukar warna oren

Shopee Sale

Aliran sungai di Alaska bertukar warna darpada biru jernih kepada warna oren berkarat.

Menurut laporan CNN, fenomena ini disebabkan oleh pelepasan logam toksik daripada permafrost (lapisan tanah beku) yang telah cair.

Penemuan ini mengejutkan penyelidik Perkhidmatan Taman Negara, Universiti California di Davis, dan kajian Geologi AS yang telah menjalankan ujian di 75 lokasi saluran air di Banjaran Brooks Alaska.

Sungai-sungai dan aliran air di kawasan tersebut mula bertukar menjadi keruh serta oren dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun yang lalu.

Perubahan warna ini disebabkan oleh logam seperti besi, zink, tembaga, nikel, dan plumbum yang sebahagiannya mengandungi toksik apabila dilepaskan kepada ekosistem sungai dan aliran air. Ia berlaku apabila permafros mencair dan mendedahkan saluran air kepada mineral yang terperanangkap di bawah tanah selama ribuan tahun.

“Kami biasa melihat fenomena ini di beberapa bahagian California dan Appalachia di mana terdapat sejarah perlombongan di sana. Ini adalah proses klasik yang berlaku

di sungai-sungai benua AS yang telah terjejas selama lebih 100 tahun sejak beberapa aktiviti perlombongan dilakukan pada tahun 1850.

“Tetapi ia sangat mengejutkan apabila ia berlaku di kawasan belantara paling terpencil dan jauh dari sumber lombong,” kata profesr Universiti California, Breet Poulin.

Kajian itu menyatakan tanah Artik secara semula jadi mengandungi karbon organik, nutrien, dan logam seperti merkuri dalam permafrost.

Suhu yang tinggi menyebabkan mineral-mineral ini dan sumber air di sekelilingnya bertemu apabila permafrost mencair. Kajian juga menunjukkan bahawa Artik memanas empat kali lebih cepat daripada seluruh dunia.

Penyelidik menggunakan imej satelit untuk melihat sebarang perubahan warna yang berlaku di sungai-sungai dan aliran air yang lain.

"Kami percaya tanah di sana mencair lebih cepat berbanding tempat lain. Ini berlaku akibat daripada perubahan iklim yang tidak dijangka.

MENARIK:  Isu stoking: Polis cadang pendakwaan jenayah pada KK Mart, pembekal

“Peningkatan yang paling drastik berlaku antara tahun 2017 dan 2018 dan ini bertepatan dengan tahun-tahun paling panas yang direkodkan pada ketika itu,” kata Poulin.

Perubahan warna ini menimbulkan kebimbangan terhadap hidupan akuatik jika permafrost berterusan mencair dan menjejaskan penduduk yang bergantung kepada sumber air tersebut untuk minuman dan menangkap ikan.

Satu kajian lain, yang dilakukan sebulan sebelum penemuan di Alaska diumumkan, memperincikan bagaimana pegunungan Rocky Colorado mengalami kesan serupa akibat iklim yang semakin panas.

Kajian tersebut mencatat peningkatan kepekatan logam seperti sulfat, zink, dan tembaga di 22 aliran gunung Colorado dalam tempoh 30 tahun yang lalu.

Bagaimanapun penyelidik di Alaska akan meneruskan kajian mereka pada tahun-tahun akan datang untuk menentukan lokasi sumber logam dan mineral tersebut, serta bagaimana hidupan akuatik dan manusia akan terjejas.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular