Surat terbuka kepada Anwar Ibrahim

Shopee Sale

Kami, pertubuhan masyarakat sivil, badan pemikir dan kumpulan mahasiswa menyatakan kegusaran terhadap pelantikan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang baharu.

Pengerusi sekarang, Abdul Ghani Salleh, akan bersara wajib pada 9 Mei 2024 sekali gus menjadikan kerusi terpenting di dalam SPR akan dikosongkan. 

Tanggal ini juga kebetulan ulang tahun keenam PRU14, yang Malaysia mengalami perubahan secara demokratik buat pertama kalinya, namun reformasi pilihan raya masih belum menampakkan sebarang tanda-tanda. 

SPR merupakan badan yang utama untuk menjalankan dan mengawal selia pilihan raya di Malaysia, termasuklah mengemas kini daftar pengundi serta melakukan persempadanan pilihan raya. 

Dua ahli pesuruhjaya SPR bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan, iaitu Sapdin Ibrahim dan Lee Bee Phang, dilantik tanpa melalui parlimen justeru melanggar manifesto baik Pakatan Harapan mahupun BN. 

Hal ini tidak boleh diulangi lagi bagi melantik pengerusi SPR yang baharu kerana risikonya lebih besar. 

Pengerusi SPR mempunyai kuasa dan budi bicara yang luas untuk memimpin Suruhanjaya ini dalam menzahirkan rancangan reformasi pilihan raya. 

Bukan setakat itu sahaja, pengerusi SPR baharu juga akan berhadapan dengan beban baharu untuk menyelesaikan isu persempadanan semula kawasan pilihan raya selepas pelaksanaan Undi18 dan pendaftaran pengundian secara automatik (PPSA). 

Kedua-dua Undi18 dan PPSA telah menambahkan 6.23 juta pengundi baharu ke dalam daftar pengundi PRU15 (dan dijangka akan terus meningkat sehingga PRU16), sekali gus memperburuk pembahagian kawasan tidak sekata (malapportionment) di Malaysia. 

Hal ini menatijahkan:

  • Ketidaksamaan undi: Sebagai contoh, satu undi di kawasan Bangi hanya mempunyai nilai ⅕ 1 undi berbanding di kawasan Sabak Bernam - di negeri Selangor yang sama, yang melanggar Jadual ke-13 Perlembagaan Persekutuan.

  • Agihan peruntukan yang tidak setara kepada ahli Parlimen: Terdapat perbezaan yang ketara antara tanggungjawab wakil rakyat dan pengagihan peruntukan yang tidak sama rata. 

  • Sebagai contoh: Jika setiap MP menerima RM100,000 untuk berkhidmat di kawasan mereka, setiap pengundi di Tebrau hanya menerima 0.45 sen berbanding RM2 setiap seorang di Labis, di negeri Johor yang sama).

Kami mempunyai data untuk menunjukkan bahawa PPSA dan Undi18 akan terus memperburuk malapportionment (lihat jadual di bawah). 

Hal ini memerlukan pelakaran semula kawasan pilihan raya, yang boleh bermula sekarang di Sarawak, 2025 di Sabah dan 2026 di Semenanjung Malaysia. 

Pengerusi SPR perlu memimpin SPR untuk melakukan persempadanan bagi menyelesaikan isu-isu ini. Jika dibiar tanpa dicegah, perkara ini akan menyebabkan kekecewaan dan kesinisan sekaligus menghakis penyertaan pengundi. 

Maka, kami menggesa dan mengusulkan kepada Kerajaan Perpaduan yang dipimpin YAB Datuk Seri untuk segera melaksanakan langkah berikut:

  • Mengumumkan pelantikan Pengerusi SPR baharu akan dicalonkan dan disaring melalui penubuhan Jawatankuasa Tetap Parlimen Hal Ehwal Pilihan Raya. Jawatankuasa Tetap ini perlu melibatkan ahli parlimen dwipartisan, serta menetapkan proses dan kriteria pelantikan Pengerusi SPR baharu yang jelas. Hanya selepas kelulusan parlimen, calon akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA) untuk pelantikan rasmi. 

  • Memastikan bahawa calon mematuhi kriteria seperti adil, berintegriti, mempunyai minda dan iltizam untuk melaksanakan reformasi, tidak mempunyai keahlian atau memegang jawatan utama dalam parti politik, serta paling utama kompeten dan berpengetahuan dalam hal ehwal pilihan raya. 

  • Memanggil sidang khas parlimen jika perlu untuk memulakan proses lantikan ini. 

Proses yang adil dan telus dalam pelantikan pengerusi SPR adalah demi kepentingan negara, termasuk juga kerajaan. 

Semua ahli parlimen termasuk pembangkang wajib diberikan ruang untuk menyatakan pandangan kepada pelantikan jawatan utama kerajaan seperti ini supaya dapat mengurangkan persepsi campur tangan partisan di dalam pelaksanaan persempadanan yang akan datang. 

Bagi mencegah persempadanan pilihan raya menjadi polemik 3R (yang dapat membengkak menjadi Icerd 2.0), langkah pertama adalah untuk membenarkan proses pencalonan dan pelantikan pengerusi SPR baharu yang dwipartisan.

Keputusan kini di tangan Datuk Seri sekarang untuk mengumumkan dan melaksanakan reformasi ini. 

Datuk Seri perlu sedar pengundian pengerusi SPR seterusnya akan membentuk nilai undi untuk dasawarsa yang akan datang. Kami menanti respon Datuk Seri. 

MENARIK:  Penghantar barang ditahan bersama 41kg dadah

Kenyataan bersama:

Pertubuhan Masyarakat Sivil (CSO)

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)
Persatuan Pemangkin Daya Masyarakat (ROSE)
Lawyer Kamek
Institut Reformasi Politik dan Demokrasi (REFORM)
Tindak Malaysia
Rakan Membangun Masyarakat (PACOS)
Persatuan Pengundi Muda (Undi18) 
Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER)
Sabah Human Rights Centre
ASEAN Youth Organization Malaysia (AYOMY)
Centre for Independent Journalism (CIJ)
Demokrat Kebangsaan
Nation Building School (NBS)
Sisters in Islam (SIS)
Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
Islamic Renaissance Front (IRF)
Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS)
Movement For Change, Sarawak (MoCS)
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
Pusat KOMAS (KOMAS)
ENGAGE 
Punjabi Youth Movement Malaysia (GBSM)
Bait Al Amanah (House of Trust) 
Pertubuhan Gagasan Anak Watan Malaysia (WATAN)
Youth Section, The Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH Youth) 
Suara Mahasiswa UMS
Association of Women Lawyers ( AWL) 
Himpunan Hijau 
Aliran
Suara Siswa UiTM
Sabah Women's Action Resource Group (SAWO)
Rahman Student League
Rahman Solidarity League
Project Stability and Accountability for Malaysia (Projek SAMA)
G25 Malaysia
All Women’s Action Society (AWAM)
Development of Human Resources of Rural Areas (DHRRA)
Congress IIUM
Universiti Terbuka Anak Muda (UTAM)
Pertubuhan Naratif Malaysia (NARATIF)
Save The Schools Malaysia
SAVE Rivers
Ikatan Mahasiswa Demokratik Malaysia (MDM) 
Student Progressive Front UUM
Suara Siswa UUM
Society for Equality, Respect and Trust For All Sabah (SERATA)
University of Malaya Association of New Youth (UMANY)
Transparency International Malaysia
Demokrat Universiti Malaya
Persatuan Pemangkin Kesedaran Sosial (PEMANGKIN)
Global Bersih
Sarawak Dayak Iban Association (SADIA)
Liga Rakyat Demokratik
Mahasiswa Progresif Universiti Malaya
Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO)
Persatuan Kebajikan Sokongan Keluarga Selangor & KL (Family Frontiers)
Rasuah Busters
Teoh Beng Hock Association for Democratic Advancement
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

Individu

Dr Wong Chin Huat, Professor, Sunway University
Ms Sahilah Ain Sathakathulla
Ho Yock Lin, presiden AWAM
Cikgu Rahayu, pengasas Buku Jalanan Chow Kit
Dr Toh Kin Woon, former Penang State exco
Brigadier Jeneral (B) Arshad Raji
Dr Edmund Terence Gomez, former Professor of Political Economy, Universiti Malaya
Chan Siew Joe, IBM Z Ambassador
Dr Azmil Mohd Tayeb, Associate Professor, Universiti Sains Malaysia
Dr
Savinder Kaur Gill, Assistant Professor, School of Politics, History and International Relations, University of Nottingham Malaysia
Dr Johan Samad, former CEO of the Institute for Development Studies Sabah
Dr Ahmad Fauzi Abdul Hamid, Profesor (Sains Politik), Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia
Hazman Baharom, Waseda University
Nur Adilla, Waseda University
Ambiga Sreenevasan, former chair of the Institutional Reforms Committee and Bersih chairperson 
Beverly Joeman, former Bersih Vice-Chair (Sabah)
Mohd Sherif Kassim
Shah Fariq Aizal Sha Ghazni
Brenda Yong Ping Ping
Lim Wei Jiet, Peguam
Maha Balakrishnan, Pakar Hal Ehwal Parlimen
Iqbal Fathki, Ketua Editor Cilisos
Dr Lim Chee Han, Koordinator Manifesto Rakyat
Fazar Arif, Pengasas, Pergerakan Orang Wanita Empowerment and Revolution (POWER)


Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular