Suruhanjaya EU mungkin kenakan duti import kenderaan elektrik dari China

Shopee Sale

Suruhanjaya Eropah pada Rabu berkata ia secara sementara memutuskan untuk mengenakan duti tambahan ke atas import kenderaan elektrik China mulai Julai jika perbincangan dengan pihak China tidak menghasilkan penyelesaian yang berkesan, lapor Sputnik.

Siasatan berterusan suruhanjaya itu telah membuat kesimpulan sementara bahawa "rantaian nilai kenderaan elektrik bateri (BEV) di China mendapat manfaat daripada subsidi yang tidak adil, yang menyebabkan ancaman kecederaan ekonomi kepada pengeluar BEV EU."

Suruhanjaya Eropah dalam kenyataan memaklumkan bahawa dalam konteks itu suruhanjaya telah mendedahkan tahap duti timbal balas sementara yang akan dikenakan ke atas import kenderaan elektrik bateri dari China.

"Sekiranya perbincangan dengan pihak berkuasa China tidak membawa kepada penyelesaian yang berkesan, duti timbal balas sementara ini akan diperkenalkan mulai 4 Julai melalui jaminan (dalam bentuk yang akan ditentukan oleh Kastam di setiap negara anggota).

MENARIK:  MIC bidas pegawai didakwa 'kurang ajar', timb menteri nafi

"Ia hanya akan dikutip hanya jika dan apabila duti muktamad dikenakan," menurut suruhanjaya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular