Suspek larikan kereta dari stesen minyak dicekup ketika tidur

Shopee Sale

Suspek yang melarikan kereta Honda City dari sebuah stesen minyak bersama ibu pemilik kenderaan itu di Semambu, Kuantan, pada Isnin lalu sudah berjaya diberkas polis.

Ketua Polis Pahang, Yahaya Othman, berkata suspek berusia 40-an itu ditangkap ketika tidur di sebuah rumah di Kampung Chinta Manis, dekat Bentong, kira-kira 160 kilometer dari Kuantan.

Katanya lelaki terbabit dicekup kira-kira jam 12.45 tengah malam tadi, manakala kereta Honda berkenaan ditemui semula di kawasan parkir kereta berhampiran sebuah pasar dekat pekan Karak.

"Berdasarkan semakan polis, suspek mempunyai rekod kesalahan lampau membabitkan kes narkotik dan jenayah.

"Suspek juga pernah melarikan diri dari lokap polis dan baru dibebaskan tahun lalu," katanya dalam sidang media di Bentong, hari ini.

Semalam, tular video seorang lelaki melarikan sebuah kereta yang ketika itu berhenti di stesen minyak dan pemandu serta penumpangnya pergi ke tandas.

Suspek kemudian melarikan kereta tersebut bersama ibu pemilik kereta berkenaan. Bagaimanapun wanita warga emas itu diarah keluar dari kenderaan tersebut kira-kira 400 meter dari stesen minyak.

Wanita warga emas yang juga pesara guru itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Laporan polis mengenai kejadian dibuat pemilik kereta itu di Balai Polis Kuantan petang kelmarin.

Yahaya memberitahu siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian.

Katanya, suspek juga menukar nombor pendaftaran kereta itu sebelum cuba meloloskan diri dengan menghala ke ibu negara.

MENARIK:  Sultan Pahang berkenan rasmi Pusat Alami Cytopeutics

Polis juga masih menyiasat hubungan di antara suspek dan pemilik rumah yang dijadikan tempat suspek menumpang tidur.

"Rumah itu didiami lima sekeluarga dan mereka mendakwa tidak mengenali suspek.

"Suspek dikatakan mengetuk pintu sebelum meluru masuk ke rumah berkenaan sekitar jam 10 malam.

"Pemilik rumah itu yang merasa curiga menghubungi pihak berkuasa bagi memaklumkan mengenai kehadiran suspek," katanya.

Yahaya berkata, siasatan kes dilakukan mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana menceroboh, Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan dan Senjata Berbahaya.

Selain itu, suspek juga disiasat bagi kesalahan mencuri dan penyalahgunaan dadah.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular