Susulan kes OKU diserang, k'jaan sekali lagi digesa tubuh IPCMC

Shopee Sale

Gesaan agar Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) segera ditubuhkan sekali lagi disuarakan, kali ini oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK), susulan kes serangan seorang pemandu e-hailing Orang Kurang Upaya (OKU) dan apa yang dialaminya ketika membuat laporan itu.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat AMK Farah Ariana berkata apa yang berlaku jelas menjejaskan integriti polis serta kepercayaan rakyat terhadap mereka dalam membela nasib golongan yang "tidak mempunyai kuasa atau pengaruh besar".

"Mangsa OKU yang hadir membuat laporan polis berkenaan dakwaan dipukul tidak sepatutnya diberi layanan seolah-olah suspek," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dia berkata pampasan RM800 serta kemungkinan telefonnya akan dirampas untuk siasatan adalah tidak berasas dan terpesong daripada prinsip moral yang sepatutnya didukung polis.

"Pilihan yang diberi amat tidak masuk akal mengambil kira mangsa perlu bergantung kepada telefon bimbit untuk meneruskan pekerjaannya sebagai pemandu Grab," katanya lagi.

Menceritakan pengalamannya semalam, Ong Ing Keong antara lain berkata seorang pegawai polis menyediakan laporan kedua - yang menyatakan dia tidak ingin memanjangkan kes tersebut untuk ditandatanganinya.

Ong Ing Keong (dua dari kanan)

Lelaki berusia 46 tahun itu turut mendakwa dia diberi pilihan sama ada untuk meneruskan laporan pertamanya berhubung insiden tersebut dan polis akan merampas telefonnya untuk siasatan, atau dia boleh menggugurkan kes dan menerima pampasan.

Dia turut mendakwa pegawai polis itu juga memberitahunya telefon bimbitnya akan dirampas jika ke mahkamah, menyebabkan dirinya berasa tertekan dan memilih untuk menggugurkan kes.

Pertubuhan Advokasi dan Kesejahteraan Pekak Malaysia (Dawn) pula mendakwa Ong dilayan seperti suspek apabila ditinggalkan tanpa pengawasan selama beberapa jam apabila tiba di balai polis untuk membuat laporan.

Selain itu, Dawn turut mendakwa selain laporan pertama, Ong menandatangani tiga laporan tambahan yang disediakan polis.

"Dalam tiga laporan berikutnya, dia tidak menyumbang apa-apa. Polis sediakan laporan dan minta dia baca kemudian dia tandatangani," menurut Setiausaha Agung Dawn, Anthony Chong.

MENARIK:  Kebakaran Hutan Bintang Hijau dipadam pagi ini

Kekang salah laku dengan lebih efektif

Mengulas lanjut, Ariana berkata nilai keadilan dan ketelusan mesti dipupuk dalam setiap proses membuat keputusan dan perlu berlandaskan undang-undang.

"Sudah tiba masanya IPCMC ditubuhkan segera bagi mengekang salah laku polis dengan lebih efektif dan mempromosikan integriti yang lebih utuh dalam kalangan polis berbanding Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) sedia ada yang jauh lebih lemah peruntukan didalamnya," katanya lagi.

Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur Rusdi Mohd Isa menjelaskan kes tersebut kekal di bawah siasatan dan belum ditutup.

Ketua Polis Negara Razarudin Husin pula berkata Bukit Aman sedang menjalankan siasatan menyeluruh dan akan memanggil semua pegawai terlibat.

Kes ini mengundang perhatian apabila Ong didakwa dipukul oleh pengiring kerabat diraja Johor.

Tunku Mahkota Ismail telah bertitah bahawa insiden itu melibatkan pengiring keselamatan polis dan menggesa keadilan diberikan kepada mangsa.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular