Syarikat penerbangan perlu mengembalikan bayaran penuh bagi kelewatan lima jam dan lebih kepada pengguna yang tidak mahu meneruskan perjalanan mereka, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Menurut Loke, langkah itu susulan selepas pindaan kepada Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016 oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia.
Katanya, ini terpakai bagi penumpang yang memilih untuk tidak meneruskan penerbangan yang tertangguh itu dan memilih untuk membeli penerbangan yang berbeza sama sekali.
[Berita penuh menyusul]