Syed Hussien: Saya berjaya lakukan bersama seluruh pasukan

Shopee Sale

“Saya berjaya lakukannya bersama seluruh pasukan saya,” itu ungkapan yang mahu diluahkan calon BN Syed Hussien Syed Abdullah kepada bapanya selepas disahkan menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Mahkota hari ini. 

Disebabkan itu, Syed Hussien berkata perkara pertama yang akan dilakukannya hari ini ialah menziarahi pusara bapanya, Syed Abdullah Syed Abdul Hamid, 67, yang meninggal dunia empat hari sebelum hari penamaan calon. 

"Saya nak bagitau bah (ayah), saya berjaya lakukan bersama seluruh pasukan saya,” katanya kepada pemberita selepas pengumuman keputusan PRK DUN Mahkota di Dewan Tunku Ibrahim Ismail di Kluang, malam tadi.

Syed Hussien berkata dia juga berazam mahu meneruskan politik baru bersifat kekeluargaan, yang menjadi fokus sepanjang 14 hari berkempen pada PRK itu, dengan dirinya kerap menggelar penduduk DUN Makota sebagai “keluarga besar”. 

Selain itu, dia berharap tiada pihak mengamalkan lagi politik tidak sihat seperti mengata atau menuduh  sebarangan selepas ini. 

“Bagi mengelakkan perpecahan kita cantumkan (semula) sebagai satu kumpulan yang boleh bekerjasama,” katanya.

Syed Hussien juga mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi serta jentera parti BN dan PH yang banyak membantunya pada PRK itu. 

MENARIK:  Kerajaan komited kurangkan nisbah hutang kepada KDNK kepada 60%

PRK itu menyaksikan BN mengekalkan DUN Mahkota menerusi Syed Hussien yang menang bergaya dengan majoriti besar 20,648 undi, selepas memperoleh 27,995 undi jauh meninggalkan calon PN Mohamad Haizan Jaafar yang sekadar mendapat 7,347 undi.

-Bernama


News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular