Syed Saddiq heret PM ke mahkamah, dakwa batal peruntukan parlimen

Shopee Sale

Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memohon mahkamah untuk menolak keputusan yang didakwanya daripada Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan kerajaan dalam membatalkan RM730,300 bagi kawasan parlimennya.

Bekas menteri belia dan sukan itu serta tiga pemohon lain memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 23 April lalu.

Tiga lagi pemohon ialah pengundi di kawasan Muar.

Bekas presiden Muda itu juga memohon perintah certiorari untuk membatalkan keputusan yang didakwanya dibuat dua responden - perdana menteri (yang tidak dinamakan) dan kerajaan persekutuan - untuk membatalkan akses pemohon kepada sistem myKHAS yang menguruskan permohonan peruntukan RM2 juta bagi kawasan parlimen Muar.

Gambar fail, Syed Saddiq ketika bersama Kerajaan Perpaduan.

Menurut salinan afidavitnya, bekas ketua Armada Bersatu itu mendakwa kononnya keputusan peruntukan itu dibuat sejurus selepas Muda membuat keputusan menarik diri daripada kerajaan perpaduan pada 10 Sept tahun lepas.

Syed Saddiq berkata dia telah bertemu Timbalan Perdana Menteri II Fadillah Yusof dua kali sehingga April tahun ini untuk membincangkan perkara itu.

Namun, katanya Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan kerajaan masih gagal menyalurkan peruntukan yang didakwanya itu ke kawasan Muar.

Menurutnya, lima ahli parlimen pembangkang yang berikrar menyokong Anwar serta-merta mendapat peruntukan penuh ke kawasan mereka.

MENARIK:  Pelacuran: Polis serbu 11 premis termasuk medan selera

Syed Saddiq menyebut Ahli Parlimen Labuan Suhaili Abdul Rahman, Ahli Parlimen Jeli Zahari Kechik, Ahli Parlimen Gua Musang Mohd Azizi Abu Naim, Ahli Parlimen Kuala Kangsar Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid dan Ahli Parlimen Tanjong Karang Zulkafperi Hanapi.

Pemohon semakan kehakiman diwakili oleh firma guaman Tetuan Lim Wei Jiet.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular