Tahanan ke atas 5 Adun PAS, Bersatu di Perlis khabar angin – Azam Baki

Shopee Sale

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki menyifatkan dakwaan pihaknya akan melakukan penahanan ke atas lima Adun Perlis sebagai khabar angin.

Dakwaan penahanan lima Adun berkenaan itu dikatakan berkaitan dengan siasatan salah guna kuasa dan penyelewengan membabitkan anak Menteri Besar Perlis

"Khabar angin", katanya yang dipetik oleh portal Berita Harian, hari ini selepas ditanya berhubung dakwaan berkenaan yang tular dalam sebuah portal berita semalam.

Sementara itu, portal Sinar Harian pula memetik Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM, Azmi Kamaruzaman sebagai menafikan dakwaan berkenaan.

“Buat masa ini, dakwaan tersebut tidak betul,” katanya.

Semalam, seorang pemimpin politik kanan mendakwa bahawa SPRM akan menahan lima Adun dari Perlis daripada PAS dan Bersatu dalam masa terdekat untuk tujuan siasatan.

Siasatan dikatakan susulan pendedahan oleh anak Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli semasa direman SPRM pada 24 April lalu atas pertuduhan membuat tuntutan palsu terhadap kerja yang tidak dilaksanakan berjumlah RM600,000.

Turut ditahan bersama adalah enam orang lagi, termasuk pegawai kanan pejabat menteri besar Perlis. Semua mereka disiasat mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

MENARIK:  Pemandu bas sekolah mahu 'fleet card' SKDS 1.0 diganti bantuan tunai

Malah, pada 30 April, Mohd Shukri sendiri tampil di ibu pejabat SPRM di Putrajaya bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa.

Dalam perkembangan berkaitan, Azmi berkata, siasatan SPRM mengenai kes berkenaan dijangka diperoleh minggu depan.

“SPRM sedang lengkapkan siasatan, saya harap akan ada keputusan (hasil siasatan) minggu depan, mungkin selewat-lewatnya Rabu depan,” katanya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular