Tahanan Palestin jadi mangsa pembunuhan terancang di penjara Israel

Shopee Sale

Tahanan Palestin dari Semenanjung Gaza yang ditahan oleh tentera Israel didakwa menjadi mangsa pembunuhan terancang dan dihukum mati tanpa mengikut prosedur undang-undang, termasuk diseksa hingga maut, menurut Pemantau Hak Asasi Manusia Euro-Med.

Pertubuhan itu menekankan bahawa untuk memastikan pelaku bertanggungjawab, pihak berkuasa kehakiman antarabangsa mesti bertindak dengan melancarkan siasatan segera, termasuk menggali semula kubur mangsa, mengenal pasti identiti, mengembalikan jasad mereka selain membawa keadilan kepada mangsa dan keluarga mereka.

Di penjara dan kemudahan tahanan Israel, beribu-ribu rakyat Palestin masih ditahan, tertakluk kepada kehilangan secara paksa atau kedua-duanya, lapor Agensi Berita Jordan (Petra).

Euro-Med berkata penjara dan pusat tahanan Israel telah menjadi versi penjara Guantanamo dengan bentuk penyeksaan yang memalukan pernah disaksikan, termasuk pembunuhan, penganiayaan, layanan yang merendahkan martabat dan penafian hak yang paling asas.

Pertubuhan itu juga melahirkan rasa terkejut dengan pendedahan berterusan mengenai pembunuhan yang dilakukan secara sengaja terhadap tahanan Palestin.

Euro-Med merujuk kepada laporan yang diterbitkan oleh akhbar Israel "Haaretz" pada dua hari lepas tentang kematian 27 tahanan dari Gaza sejak 7 Okt akibat penganiayaan atau kekurangan akses kepada penjagaan perubatan semasa mereka ditahan di fasiliti ketenteraan Israel.

MENARIK:  Mahkamah batal hukuman pada juruteknik didakwa perolok kalimah Allah 

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular