'Tak ada otak' – NPC bidas cadangan perluas kawalan AMCP 1984

Shopee Sale

Presiden Kelab Akhbar Kebangsaan (NPC) Ahirudin Attan menggesa kerajaan supaya bergerak ke arah pemansuhan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984 dan bukannya memperluaskan kawalannya.

Ini selepas cadangan kontroversi pihak berkepentingan yang menjadi wakil kerajaan dalam perundingan dengan pemain industri media pada April yang mahu AMCP dipinda untuk memperluaskan kawalan sedia ada dengan memasukkan kandungan media digital.

“Apa yang kita mahu ialah memansuhkan PPPA bukan mengembangkannya.

“Mungkin mereka (kerajaan) tidak faham perkara itu,” katanya kepada media selepas program Jom Jalan bersama NPC 2024 di Padang Merbok hari ini.

Ahirudin membidas cadangan menteri berkenaan sebagai "tidak berotak" dan memberi amaran ia akan ditolak oleh wartawan.

“Jika (peluasan) itu benar, ucapkan selamat tinggal kepada sokongan wartawan. Kerana tiada wartawan akan menyokong idea itu,” tambahnya.

Cadangan pihak kerajaan ini dibuat walaupun sebulan sebelum rundingan itu, Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail dilaporkan berkata kerajaan tidak akan meminda AMCP 1984.

MENARIK:  Polis: Dakwaan warga asing cuba culik budak hanya salah faham

Saifuddin pada 1 Mac menolak kebimbangan yang dibangkitkan oleh editor kanan tersebut sebagai khabar angin semata-mata.

[Baca berita asal]

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular