Tak perlu beri reaksi berlebihan pada isu tak jelas

Shopee Sale

Sepatutnya tidak ada sebarang isu terkait sejadah mini - didakwa alas kaki - yang memaparkan sebahagian daripada gambar Kaabah, kata Mufti Pulau Pinang Wan Salim Wan Mohd Nor.

Bercakap kepada Malaysiakini, dia berkata isu tersebut mungkin timbul kesan salah faham sesetegah pihak, khususnya apabila ia didakwa dijadikan pengesat kaki.

“Kedudukan gambar Kaabah tersebut hanya terpotong dan tidak ada sebarang masalah," katanya.

Menjelaskan lebih lanjut Wan Salim berkata walaupun Kaabah merupakan tempat suci untuk orang Islam, kedudukannya bukanlah sama seperti al-Quran atau ayat kitab berkenaan, atau hadis.

Ayat al-Quran atau hadis, katanya, memang dihukum haram untuk diperlekehkan, dijadikan alas kaki, dipijak atau diperlakukan secara tidak wajar.

“Umat Islam tidak perlu ekstrem dan berlebihan memberi reaksi perkara begini kerana kita perlu selidik terlebih.

"Jika terbukti ia memang dibuat dengan tujuan untuk menghina bolehlah kita membantah.

"Kita tak perlu sampai memberikan reaksi berlebihan terhadap isu yang kabur dan tidak jelas," katanya lagi.

Pada 13 Apr lalu Malaysiakini melaporkan Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) merampas 11 potongan kain disyaki alas kaki dengan imej Kaabah di sebuah pasar raya di negeri itu.

Rampasan sehari sebelum umat Islam menyambut Aidilfitri itu dibuat susulan aduan awam terhadap pasar raya yang terletak di Batu Pahat.

Beberapa pihak tampil membuat kenyataan keras dan menganggap ia satu lagi cubaan menghina Islam selepas negara digemparkan dengan penemuan beberapa pasang stoking tertera kalimah Allah di tiga premis kedai serbaneka KK Mart.

MENARIK:  Negara perlukan 84 balai bomba baru, kata Nga

Kata Wan Salim sebelum mengambil sesuatu tindakan orang Islam wajar menilai kesan baik dan buruk yang akan terlahir daripada isu tersebut.

"Jika tindakan kita boleh menyebabkan pihak yang mengeluarkan sejadah itu mengambil tindakan sewajarnya, baguslah.

"Tapi klau kita bertindak lebih-lebihan tapi tiada tindakan yang diambil sudah tentu ia tidak menguntungkan mana-mana pihak,” katanya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular