Tak wajar PRN Sabah dijadikan ‘eksperimen' uji kerjasama politik, kata Masidi

Shopee Sale

Timbalan Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah Masidi Manjun berkata tidak wajar untuk menjadikan negeri itu sebagai “eksperimen” bagi menguji keberkesanan kerjasama parti dalam kerajaan perpaduan dalam pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

Masidi berkata ia merupakan tindakan merendahkan maruah rakyat Sabah yang akan menjadi “tikus makmal” untuk tujuan itu.

"Dalam keadaan di mana semua parti sedang bersedia untuk menghadapi PRN, timbul pelbagai komen dan satu yang saya lihat serta tergores apabila ada pemimpin kata kita dijadikan makmal politik.

"Ertinya kita ini tidak lebih sebagai bahan politik, seolah-olah kita dilihat tidak penting, hanya dijadikan makmal ujian politik, ini sesuatu yang mengecewakan kita di Sabah,” katanya seperti dipetik Berita Harian.

Masidi yang juga Menteri Kewangan Sabah mengingatkan tindakan seumpama itu hanya akan merugikan rakyat Sabah.

Dia mengimbas kembali bagaimana pada 1990-an, Sabah dijadikan “bahan ujian makmal politik” serupa menerusi sistem yang membenarkan seseorang hanya memegang jawatan ketua menteri selama dua tahun.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata PRN Sabah, yang perlu dijalankan selewat-lewatnya tahun depan, akan menjadi “makmal” bagi menguji kekuatan kerjasama PH dan BN.

Pengerusi BN itu berkata PRN Sabah akan menjadi perkara utama dalam menilai kerjasama ke arah pilihan raya di masa akan datang.

MENARIK:  MP PAS: Kenapa bantuan subsidi diesel diberi secara 'pukul rata'?

Pada masa sama, Masidi yang juga setiausaha agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkata gabungan itu dan BN perlu menentukan parameter untuk kerjasama bagi PRN.

"Ini pandangan peribadi saya tetapi saya rasa ramai pemimpin GRS mempunyai pandangan yang sama. 

“Kita bukan mengkritik, kita bukan anti Kuala Lumpur, kita hanya mahu orang Sabah dihormati selayaknya,” katanya lagi seperti dipetik.

Awal bulan ini, Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi GRS Hajiji Noor berkata gabungan itu ada masa setahun bagi membuat persediaan sebelum DUN dibubarkan dan PRN diadakan.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular