Takiyudin tak tuduh Anwar homoseksual tapi video diedit – PAS

Shopee Sale

Setiausaha Agung PAS Takiyudin Hassan tidak pernah membangkitkan isu ‘homoseksual’ terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim, kata parti itu.

Sebaliknya, kata pengarah jabatan penerangannya Nadzir Helmi, rakaman ceramahnya sempena pilihan raya kecil Kuala Kubu Baharu sebelum ini dikerat pendek, disunting dan dimanipulasi dengan niat jahat.

Katanya, hasil akhirnya tidak menggambarkan konteks keseluruhan yang hendak disampaikan.

Terdahulu tersebar video ringkas di TikTok yang menunjukkan Takiyudin mendakwa Anwar sebagai pengamal homoseksual tegar.

Nadzir berkata penelitian mereka mendapati Takiyudin hanya mengulangi apa yang disebut oleh Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin berkenaan “pembelaan” terhadap Anwar akibat dakwaan portal Itali Agenzia Nova.

“Ketahuilah ulasan yang disampaikan adalah berbentuk persoalan apabila pihak YAB PMX belum lagi mengambil sebarang tindakan sedangkan nama baik seorang perdana menteri wajar dibersihkan jika ianya adalah sebuah fitnah yang nyata. 

“Itulah kandungan sebenar dalam ucapan penuh tanpa disunting dan ternyata ianya amat berbeza dengan fitnah yang sedang berlegar seolah pemimpin PAS membuat kenyataan berkenaan tabiat seksual yang ternyata dilarang dalam Islam,” katanya.

Menjawab tuduhan itu, Anwar pada Disember 2022 menyindir Hamzah sebagai belum mendapat tarbiah daripada Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Hadi menghasilkan buku bertajuk Qazaf Mangsa Fitnah tidak lama selepas Anwar didakwa di mahkamah atas pelbagai tuduhan pada akhir 1990-an, ketika PAS mendukung gerakan reformasi.

MENARIK:  Anwar ajak rakyat ke jamuan raya di Batang Kali esok

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil pula berkata laman web yang dipetik Hamzah itu tiada kewibawaan dan tidak dibaca oleh orang Itali sendiri.

Dalam kenyataan hari ini, Nadzir juga berkata PAS akan meneliti tindakan undang-undang bagi memastikan penyunting video itu mendapat pengajaran.

Anwar pernah disabitkan bersalah dalam kes liwat tetapi dia kemudian mendapat pengampunan penuh diraja daripada Yang di-Pertuan Agong pada 2018.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular