Taklimat kerakyatan untuk bantu keluarga warga M'sia, kata Adun

Shopee Sale

Program taklimat kewarganegaraan yang dijadualkan berlangsung 30 Jun ini di Johor bertujuan membantu rakyat Malaysia dan keluarga mereka, kata penganjur.

Adun Stulang Andrew Chen berkata taklimat itu jelas bukan untuk membantu warga asing memohon kewarganegaraan seperti dakwaan sesetengah pihak.

"Ia adalah untuk memberi penerangan, kesedaran dan pemahaman kepada warga Malaysia yang ahli keluarganya menghadapi masalah tiada kerakyatan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tegas Chen, pihaknya menganjurkan program tersebut bagi memberi pemahaman lebih jelas dalam berurusan antaranya dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Imigresen.

Dia berkata pusat khidmatnya sering didatangi penduduk yang menghadapi masalah kewarganegaraan atas pelbagai sebab.

Katanya, ada yang berdepan situasi di mana perkahwinan tidak sah di sisi undang-undang, menyebabkan mereka gagal mendaftarkan kewarganegaraan anak ekoran dokumen seperti sijil perkahwinan atau pengenalan diri ibu atau bapa bukan warganegara tidak dapat diperakui.

"Terdapat juga kes-kes di mana permohonan telah lama diajukan kepada jabatan terbabit tetapi atas sebab-sebab tertentu (tidak layak, dokumen tidak mencukupi), ia tidak dapat diproses.

“Saya berharap pencerahan ini dapat meredakan kekeliruan yang telah timbul dari tajuk poster kami sebelum ini dan spekulasi mengenai isu ini tidak diperbesarkan lagi,” katanya.

Program anjuran pusat khidmat DUN Stulang itu pada mulanya dijadual pada 30 Jun ini namun terpaksa ditangguh ekoran kecaman yang diterima, selepas poster program itu tular di media sosial dengan dakwaan ia merupakan usaha untuk memberi kerakyatan kepada warga asing.

Pada mulanya, ia dinamakan sebagai "Program Permohonan Kewarganegaraan" namun berdasarkan Facebook Chen, ia telah ditukar kepada Taklimat dan Penerangan Kewarganegaraan".

MENARIK:  Lebih 100 kes penebangan haram hutan direkodkan di Kelantan

Penganjuran program itu mendapat kecaman, antaranya daripada Ketua Pemuda Umno Johor Noor Azleen Ambrose yang mengingatkan Chen agar tidak "buat sesuatu yang lucu", selain berpandangan program seumpama itu sepatutnya diserahkan kepada JPN.

Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari pula menyifatkannya sebagai tindakan bahaya dan boleh diumpamakan sedang ‘membakar negara’.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular