Tangkapan udang kurang tiada kaitan penambakan Pulau Silikon – LKIM

Shopee Sale

Data Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menunjukkan tiada kaitan yang konsisten antara jumlah tangkapan udang dengan kerja penambakan Pulau Silikon di George Town.

Pengerusi LKIM Muhammad Faiz Fadzil berkata data yang dikumpul di pusat-pusat pengisytiharan ikan di negeri ini menunjukkan trend turun naik jumlah tangkapan udang di kawasan penambakan dan tiada dapatan saintifik membuktikan kerja penambakan itu telah menjejaskan hasil tangkapan laut.

"Sebagai contoh, data dari Pusat Pengisytiharan Ikan LKIM Teluk Kumbar yang menjadi pusat utama bagi nelayan di Sungai Batu, jumlah tangkapan udang telah mengalami turun naik sebelum bermulanya aktiviti penambakan.

"Ini terutamanya pada awal September dan Oktober 2023 iaitu serentak dengan permulaan penambakan dijalankan, terdapat peningkatan ketara dalam tangkapan udang iaitu mencecah 3,381.07 kilogram (kg) dan 4,725.7 kg," katanya dalam kenyataan hari ini.

Gambar fail, bantahan nelayan tempatan dan kumpulan alam sekitar terhadap projek penambakan.

Beliau berkata pada Disember 2023, hasil tangkapan udang kekal tinggi iaitu melebihi 4,000 kg, lebih banyak berbanding jumlah pendaratan udang sebelum penambakan dimulakan.

Beliau berkata kekurangan kawasan tangkapan akibat pelaksanaan projek itu tidak menjejaskan sumber ikan di laut memandangkan nelayan Zon A di negeri ini boleh pergi ke laut lebih dalam yang menjanjikan hasil lebih tinggi.

“LKIM yakin pendapatan nelayan boleh dipertingkatkan bagi mengubah taraf sosioekonomi mereka jika terdapat usaha bersepadu termasuk kerajaan negeri Pulau Pinang untuk melaksanakan pemodenan bot kepada nelayan yang terjejas akibat projek ini,” katanya.

MENARIK:  TPM: Bina saluran dari Sg Sarawak ke Sg Salak solusi banjir Kuching

Sehubungan itu, Muhammad Faiz meminta kerajaan negeri untuk memberikan perhatian dalam aspek tersebut termasuk membesarkan bot nelayan, memodenkan peralatan dan meningkatkan kemahiran dengan insentif modal serta latihan.

"LKIM juga menyarankan sesi libat urus antara kerajaan negeri dan golongan nelayan terbabit dipertingkatkan supaya penyelesaian menang menang dapat dicapai untuk kepentingan nelayan dan kerajaan Pulau Pinang," katanya.

Sebelum ini, Pertubuhan Jaringan Ekologi dan Iklim (JEDI) mendakwa penurunan ketara dalam kadar tangkapan terutamanya udang besar sejak penambakan dimulakan September lepas.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular