Tayangan filem indie She’s In Jail diserbu, penganjur disoal siasat

Shopee Sale

Tayangan dokumentari bebas yang dijadualkan di Skudai, Johor, hari ini dibatalkan selepas salah seorang penganjur acara dibawa pergi untuk disoal siasat oleh pasukan dari Lembaga Penapisan Filem.

Seorang lagi penyelaras acara, Josh Hong berkata bahawa anggota LPF dan polis telah hadir pada tayangan dokumentari bertajuk "She's In Jail" - dihoskan oleh NGO Johor Yellow Flame.

“Seramai 13 anggota LPF dan polis hadir.

"Pegawai LPF menghalang kami daripada menayangkan dokumentari itu atas alasan ia tidak diluluskan oleh lembaga (penapisan)," kata Hong kepada Malaysiakini.

“Mereka juga meminta kami menyerahkan perananti tayangan - pemacu keras luaran dan komputer riba.

Hong berkata, aktivis Lee Chen Kang telah dibawa untuk disoal siasat di bawah Seksyen 6 Akta Penapisan Filem 2002, di Kompleks Kementerian Dalam Negeri.

Seksyen 6 akta tersebut menetapkan bahawa tiada sesiapa pun patut menayangkan mana-mana filem atau bahan publisiti berkaitan yang belum diluluskan oleh lembaga penapisan.

Hong menjelaskan dokumentari itu tidak mengandungi unsur keganasan atau sensitif dan berpendapat ia tidak perlu diserahkan kepada LPF untuk kelulusan.

"Kami juga tidak terfikir bahawa kami perlu berbuat demikian (serahkan dokumentari untuk kelulusan)," katanya.

Ketika dihubungi, Lee berkata dia disoal siasat selama kira-kira 30 minit oleh kakitangan KDN dan dibenarkan pergi kira-kira jam 5 petang tadi.

"Mereka memeriksa komputer riba saya dan pemacu keras luaran saya dan memandangkan komputer riba itu tidak menyimpan filem itu, mereka hanya merampas pemacu keras luaran saya untuk siasatan," kata Lee kepada Malaysiakini.

Difahamkan, dokumentari itu sebelum ini ditayangkan di Kuala Lumpur dan Ipoh masing-masing pada 2 Mac dan 23 Mac manakala tayangan di Pulau Pinang, yang dijadualkan pada 16 Mac, dibatalkan kerana isu dengan tempat.

“She’s in Jail” mengisahkan Chow Hang-tung, seorang aktivis prodemokrasi dan peguam hak asasi manusia dari Hong Kong, yang didakwa atas “hasutan subversif” di bawah Undang-undang Keselamatan Negara Hong Kong.

Chow telah ditahan selama lebih dua tahun dan sedang menunggu perbicaraan.

'Peraturan penapisan tidak realistik'

Sementara itu, pengarah eksekutif Freedom Film Network Anna Har (gambar bawah) berkata undang-undang yang mewajibkan semua filem diserahkan kepada LPF untuk kelulusan adalah tidak realistik.

MENARIK:  Polis mohon bantuan orang ramai kesan remaja perempuan hilang

Bercakap kepada Malaysiakini, Har berkata ia tidak berfungsi sebagai satu bentuk kawalan kandungan yang berkesan dalam era digital ini.

“Ia hanya berfungsi untuk digunakan sewenang-wenangnya untuk menjenayahkan sesuatu kumpulan, yang biasanya mewakili suara minoriti, yang mungkin menawarkan perspektif berbeza atau alternatif kepada pandangan arus perdana.

“Kebanyakan negara di dunia, termasuk England yang memperkenalkan undang-undang kepada negara kita, telah beralih daripada penapisan kerajaan tetapi lebih menumpukan kepada klasifikasi dan pengawalseliaan sendiri.

"Pengkelasan akan menjamin bahawa hak bersuara dan pilihan semua pihak dilindungi secara sama rata," katanya.

Har berkata penggunaan Akta Penapisan Filem dalam kes ini adalah "tidak produktif dan langkah mundur" kepada pembangunan warga global dalam jangka masa panjang.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahli Parlimen PKR Lee Chean Chung menegur LPF Kementerian Dalam Negeri dan menggesa pihak berkuasa itu supaya menjauhkan diri daripada mengganggu kerja NGO itu.

“Ini tidak sepatutnya berlaku. Ia bertentangan dengan kebebasan bersuara, hak yang dijamin di bawah Perkara 10(1) Perlembagaan Persekutuan.

“Kita perlu menerima paradigma baru dalam mengendalikan politik baru,” tambah ahli parlimen Petaling Jaya itu.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular