TDM akan usul batal kontrak sewa Black Hawk kepada Mindef

Shopee Sale

Tentera Darat Malaysia (TDM) akan mengusulkan pembatalan kontrak sewaan helikopter Black Hawk TDM kepada Kementerian Pertahanan (Mindef) ekoran kelewatan penghantaran pertama helikopter berkenaan.

Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan berkata TDM amat memerlukan keupayaan aset itu bagi melancarkan tugas operasi serta latihan anggota namun pihak kontraktor masih gagal memenuhi janji yang telah dimeterai.

“TDM amat memerlukan keupayaan Black Hawk dan kontrak perolehan atau sewaan aset ini akan banyak membantu kita dalam tugas operasi dan latihan namun sehingga kini mereka masih gagal (penghantaran aset).

“Sekiranya pada Mei ini mereka masih gagal memenuhi obligasi ini maka TDM mengambil tindakan tegas iaitu mengusulkan kepada kementerian supaya kontrak sewaan Black Hawk ini dibatalkan, jadi kita boleh ambil langkah seterusnya ia keperluan mendesak dan kami tegas dengan keputusan kami,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Acara Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Lelaki Siri 199/2023 melibatkan 1,498 anggota di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) di Port Dickson hari ini.

Pada 16 April lepas, Muhammad Hafizuddeain dilapor berkata TDM akan mengambil tindakan susulan sekiranya kontraktor yang dilantik masih gagal membuat penghantaran pertama helikopter Black Hawk yang sepatutnya pada hujung bulan lepas.

Beliau amat berharap kontraktor berkenaan dapat membuat penghantaran peringkat pertama melibatkan sebuah daripada empat helikopter jenis Sikorsky UH-60A+ Black Hawk yang disewakan untuk kegunaan Pasukan Udara Tentera Darat itu.

Mengulas mengenai program hari ini, Muhammad Hafizuddeain berkata TDM memerlukan lebih ramai calon perajurit muda yang mempunyai kemahiran teknikal dan teknologi bagi memperkukuh kekuatan pasukan tentera.

MENARIK:  KATA MP | Tabik buat PM, berani tamatkan subsidi diesel T20

“Sekarang kita sudah menuju ke era teknologi dan Kecerdasan Buatan (AI), kita memerlukan perajurit muda yang berkemahiran atau berpengetahuan teknikal berkaitan peralatan digunakan.

“Namun ada juga kerisauan dalam siri pengundian, terdapat calon terpaksa ditolak kerana didapati mereka gagal memenuhi syarat asas iaitu dari segi akademik dan saringan kesihatan,” katanya.

Dalam ucapannya beliau berkata profesion tentera memerlukan kemantapan rohani, mental serta sikap kepatuhan berintegriti kepada disiplin dan peraturan.

“TDM tidak sesekali berkompromi dengan sebarang salah laku melibatkan pegawai mahupun anggotanya yang ingkar. Sesungguhnya perkhidmatan disanjung tinggi oleh masyarakat ini perlu terus lestari terpelihara dan dijaga dengan sebaiknya,” katanya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular