Teksi terbang antara 32 eksperimen Arab Saudi untuk jemaah haji

Shopee Sale

Kementerian Pengangkutan dan Logistik Arab Saudi telah melaksanakan 32 eksperimen tahun ini sebagai sebahagian usaha menyediakan perkhidmatan yang cekap dan berkesan kepada jemaah.

Menterinya Saleh Al-Jasser berkata 17 daripada eksperimen itu beroperasi buat kali pertama manakala selebihnya dikembangkan daripada eksperimen sebelum ini.

“Satu daripada eskperimen yang berjaya buat kali pertama ialah teksi terbang. Kami juga mempunyai perkhidmatan dron untuk memeriksa jalan, kami ada jalan getah, kami ada jalan dicat putih untuk mengurangkan suhu dan kami ada sistem pemantauan elektronik untuk bas supaya bas tidak sewenang-wenangnya melanggar undang-undang jalan raya.

“Pemerhati (yang memantau sistem) dapat mengesan bas (yang melanggar undang-undang), pemandu dan lesen bas,” katanya ketika menerima kunjungan kumpulan media antarabangsa daripada 10 agensi di pejabat kementerian itu hari ini.

Mengulas mengenai ciptaan dan eksperimen teksi terbang, Saleh berkata kemudahan itu boleh memuatkan dua penumpang pada satu masa.

Beliau berkata lesen untuk terbang pesawat itu adalah yang pertama dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam.

“Kami menyambut baik semua teknologi, bermakna kami mendapatkan perkembangan daripada Kementerian Pengangkutan dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam berkenaan model pesawat yang ada, jadi kami mencuba dan memilih apa yang sesuai dengan tugas operasi,” katanya.

MENARIK:  Polis tahan 2 lelaki bersama pil yaba lebih RM12,000

Saleh turut berkata terdapat banyak idea baharu yang sedang dinilai untuk direalisasikan bagi memberi jemaah haji perkhidmatan yang lebih baik.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular