Teresa bengang Wee minta k'jaan selesaikan kes kemalangan LRT

Shopee Sale

Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok melahirkan rasa terkejut dan berang terhadap gesaan Presiden MCA Wee Ka Siong agar kerajaan menyelesaikan kes saman difailkan seorang mangsa yang terlibat dalam kemalangan membabitkan tren LRT tiga tahun lalu.

Kok mengingatkan Wee ialah menteri pengangkutan ketika kejadian dan mempersoalkan mengapa dia tidak menyelesaikan kes terbabit ketika itu.

"Saya terkejut dengan kenyataan keterlaluan Wee yang menggesa kerajaan "melakukan perkara yang berperikemanusiaan" dan menyelesaikan tuntutan mahkamah yang dibawa oleh Florence Lee, wanita mangsa perlanggaran LRT di Kuala Lumpur tiga tahun lalu.

"Adakah dia lupa dia adalah menteri pengangkutan ketika kemalangan itu? Adakah Wee sendiri mengatakan bahawa dia tidak berperikemanusiaan?

"Mengapa Wee tidak menggunakan kedudukan menterinya, yang mungkin paling berkesan, dalam menawarkan untuk melakukan perkara yang "paling berperikemanusiaan",

sedangkan dia mempunyai kuasa dan peluang penuh?" kata Kok.

Perlanggaran yang berlaku pada Mei 2021 di laluan Kelana Jaya itu menyebabkan 213 cedera, 47 daripadanya parah.

Semalam Wee meminta kerajaan tidak menyusahkan Lee dengan memaksa dia menanggung kos perundangan sementara menunggu kes itu ibawa ke mahkamah empat tahun lagi.

Kok berkata Wee membuat kenyataan bersifat hipokrit, dan lebih teruk lagi, tidak berlaku jujur.

“Tindakan beliau sekarang adalah seperti nak lepas tangan.

"Mungkin peguam mangsa wanita itu perlu membuat representasi kepada pihak berkuasa, yang saya pasti akan dilihat dengan penuh simpati," tambahnya.

MENARIK:  Pengurus agensi pelancongan didakwa cuba bunuh isteri

Dalam respons kepada Wee, Prasarana Malaysia Bhd berkata ia telah "meneroka secara aktif resolusi yang adil" dengan mereka yang terlibat melalui syarikat insurans, Allianz General Insurance Company Bhd.

Ia setakat ini telah memberikan bantuan kewangan kepada 90 individu penumpang yang terlibat dalam kemalangan itu meliputi yuran rawatan perubatan dan kaunseling.

Syarikat itu juga mendakwa telah berjaya menyelesaikan tuntutan secara baik.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular