'Terima kasih Bersatu, tak mudah terima orang baru seperti saya'

Shopee Sale

Ketua Penerangan Bersatu yang baru dilantik Tun Faisal Ismail Aziz berkata penerimaan Bersatu terhadapnya merupakan contoh keterangkuman parti itu.

Dalam ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu, Tun Faisal berkata berterima kasih kepada Pengerusi Bersatu Wilayah Persekutuan, Radzi Jidin, kerana bukan sahaja menerimanya tetapi juga menjadikannya ketua penerangan Wilayah Persekutuan.

"Bukan mudah menerima orang yang baru seperti saya, meletakkan sebagai ketua penerangan Wilayah Persekutuan. Saya bukan dalam circle (kalangan) ini ya. Saya orang Umno yang kena gantung dan kena buang daripada Umno sebab saya lawan presiden Umno.

"Saya berterima kasih kerana atas keterbukaan Radzi, jiwa besar beliau dan beliau juga ketua penaja bahagian saya di Putrajaya. Beliau kutip dan ambil saya (dan) letak, bukan sahaja di bahagian Putrajaya tapi dalam badan pimpinan negeri Wilayah Persekutuan,” kata Tun Faisal.

Pada Mac 2021, bekas pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) itu digantung daripada Umno selama enam tahun oleh majlis tertinggi parti kerana melanggar disiplin.

Utusan Malaysia ketika itu mendakwa Tengku Adnan Tengku Mansor membuat laporan tatatertib terhadap Tun Faisal - yang merupakan timbalannya - kerana mengkritik presiden parti Ahmad Zahid Hamidi.

MENARIK:  'Kawan' Guan Eng janji beri tanah untuk kajian kebolehlaksanaan: Saksi

Tun Faisal dipecat pada Feb 2023, didakwa melanggar kod etika Umno.

Ia menjadikan Tun Faisal ahli Umno ke-10 dari bahagian Putrajaya yang dibuang parti itu atas dakwaan isu disiplin.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular