‘Terima kasih Fahmi Fadzil, saya tak perlukan kasih sayang’

Shopee Sale

  • Dikemas kini dengan berita penuh.


Bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang P Ramasamy berkata dia tidak perlukan kasih sayang tetapi kerajaan yang adil kepada golongan India.

Dia berkata demikian ketika menjawab sindiran Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil supaya dia menyertai gabungan Perikatan Nasional (PN) kerana “kurang kasih sayang”.

“Terima kasih Fahmi kerana mencadangkan saya sertai PN untuk mendapat kasih sayang,” katanya yang kini memimpin Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai).

“Maaf, saya tidak perlukan kasih sayang tetapi kerajaan yang adil kepada golongan India dan rakyat Malaysia yang patut mendapatkannya.”

Ramasamy sebelum ini meminta pengundi Kuala Kubu Bharu tidak mengundi Pakatann Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di KKB.

Ramasamy berkata gesaan itu sebagai pengajaran buat kerajaan persekutuan yang menurutnya tidak menunaikan janji kepada rakyat Malaysia.

Sementara itu, Ramasamy berkata orang India tiada pilihan jika terus “dipermalu” oleh kerajaan.

“Adakah mereka perlu reda sahaja dan pasrah apabila terus dihina?” soalnya.

‘Tak perlu menari ikut muzik India’

Kata Ramasamy, satu-satunya 'jenayah' orang India ialah dilahirkan sebagai orang India dan terperanangkap dalam kitaran diskriminasi kejam yang berterusan.

“Jika ketua anda dan Perdana Menteri Anwar Ibrahim tak boleh bantu masyarakat India bukan sebagai orang India tetapi sebagai warganegara Malaysia, maka dia perlu cakap demikian dengan jelas.

MENARIK:  Pemuda Umno gesa tubuh RCI siasat isu Fashion Valet, Nafas

“Tak perlulah menari-nari ikut muzik Tamil dan dakwa dia sayang orang India.

“Saya rasa orang India sudah mula sedar yang Anwar cuma sembang kosong dan cakapnya tak serupa bikin,” katanya.

Dakwa Ramasamy, ketika Bumiputera mendapat berbilion ringgit peruntukan daripada kerajaan, komuniti kaumnya hanya dapat serdak sahaja dalam bentuk geran dan pinjaman.

“Orang India didiskriminasikan dalam penggajian sektor awam, kemasukan ke program matrikulasi dan universiti awam.

“Kontrak dan lesen tak sampai kepada anggota masyarakat yang layak tetapi pergi kepada kroni dan pembodek,” katanya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular