Termakan racun tikus: Bekas pengasuh sedih dapat berita duka

Shopee Sale

Pemergian Muhammad Akil Syauqi Nur Sufyan, 3, selepas termakan makanan ringan disyaki mengandungi racun tikus, meninggalkan kesan mendalam terhadap bekas pengasuh kanak-kanak terbabit.

Siti Fadilah Hashim, 46, berkata dia tidak menyangka ketika mendapat tahu berita itu setelah lebih setahun tidak bersua dengan kanak-kanak berkenaan yang sudah dianggap seperti anaknya sendiri.

"Saya menjaga arwah Akil sejak usianya enam bulan sehinggalah setahun lebih… selepas ibunya melahirkan adik Akil (Muhammad Luth Syauqi, 2) mereka berpindah tinggal bersama datuk dan nenek arwah.

"Ibunya bekerja (di kilang) jadi kebanyakkan masa Akil ada bersama saya dan lima lagi anak saya yang lain… semua rapat dengan Akil sampailah anak bongsu saya (perempuan) pun cemburu dengan Akil yang manja dengan saya," katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan Tanah Perkuburan Islam Kampung Banggol Berangan dekat Baling, malam tadi.

Dia turut menyifatkan Muhammad Akil Syauqi sebagai seorang kanak-kanak yang ceria, manja dan aktif.

"Dia panggil saya 'mama'…kali terakhir saya jumpa dengan arwah sewaktu Aidilfitri tahun lalu...sedih sangat... terkejut.. tak sangka dia sudah tiada.

"Saya sempat ziarah jenazah arwah di hospital…nampak raut wajahnya tersenyum…saya harap adiknya, Muhammad Luth yang masih dirawat akan pulih," katanya.

Media sebelum ini melaporkan Muhammad Akil Syauqi dan Muhammad Luth Syauqi berada dalam keadaan kritikal selepas termakan makanan ringan disyaki mengandungi racun di kawasan kebun di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, Baling pada Ahad lalu.

MENARIK:  Lesen syarikat bas terlibat nahas Genting Highlands mungkin dibatal

Kedua-dua kanak-kanak terbabit dipercayai mengambil peket makanan ringan yang digantung di dawai besi pagar kebun oleh pemilik kebun berkenaan bagi memerangkap monyet.

Kejadian itu disedari ibu mereka pada pukul 11 pagi selepas melihat kedua-dua anaknya muntah.

Mereka kemudian dibawa ke Klinik Kesihatan Malau sebelum dihantar ke Hospital Kulim, seterusnya dirujuk ke HPP.

Muhammad Akil Syauqi bagaimanapun meninggal dunia pada jam 8.40 pagi semalam manakala adiknya masih dirawat di HPP dan dilaporkan masih belum sedar.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular