'Tiada kompromi'- Fadhlina sahkan siasatan kes murid dijemur tengah panas

Shopee Sale

Menteri Pendidikan Fahdhlina Sidek mengesahkan Kementerian Pendidikan sedang menyiasat laporan bahawa seorang pelajar sekolah rendah jatuh sakit selepas didenda berdiri di tengah panas selama hampir tiga jam.

Bercakap kepada Malaysiakini, Fadhlini berkata pihaknya tidak akan berkompromi terhadap keselamatan pelajar di sekolah itu dan tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan laporan siasatan.

“Perkara ini telah dibawa ke perhatian Kementerian Pendidikan dan kes ini kini dalam siasatan pihak berkuasa.

"Tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan laporan siasatan pihak berkuasa," katanya.

Semalam, NST melaporkan ibu kanak-kanak terbabit, AD Mogahana Selvi sebagai berkata anaknya mengalami strok haba dan masalah saraf, serta telah diberikan surat rujukan untuk dinilai sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) akibat masalah kesihatan dialaminya.

“Kementerian Pendidikan tidak berkompromi dengan sebarang salah laku yang boleh menjejaskan kesejahteraan dan keselamatan pelajar, guru dan semua warga sekolah.

“Justeru, pihak sekolah dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi garis panduan pengurusan murid yang berkuat kuasa,” tambah Fadhlina.

Pada Ahad lalu, dilaporkan polis telah merujuk kertas siasatan mengenai perkara itu kepada pejabat timbalan pendakwa raya.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Mohd Azam Ismail berkata, ibu mangsa mendakwa anaknya yang berumur 11 tahun didenda oleh seorang guru dengan diminta berdiri di tengah padang di bawah terik matahari pada 30 April lalu.

MENARIK:  M'sia masih jadi teladan utama di rantau yang penuh autoritarian - RSF

Tambahnya, siasatan mendapati suspek merupakan seorang guru lelaki berusia 37 tahun dan pemeriksaan oleh pegawai perubatan mendapati mangsa mengalami keletihan akibat cuaca panas.

Menurutnya kes itu disiasat mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 berkaitan penganiayaan, pengabaian atau pendedahan kanak-kanak terhadap bahaya sehingga menyebabkan kecederaan fizikal atau emosi.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular