Tiada kurma Israel di pasaran Kelantan – KPDN

Shopee Sale

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan tidak mengesan sebarang produk kurma yang diimport dari Israel setakat ini.

Pengarahnya Azman Ismail berkata, pihaknya juga tidak menerima apa-apa aduan berkait produk kurma tersebut.

“Setakat ini tiada menerima apa-apa aduan berkaitan kurma tersebut, namun KPDN Kelantan sentiasa menjalankan pemeriksaan terhadap barangan keperluan. 

“Untuk makluman juga kita tidak menjumpai produk tersebut dalam pasaran lagi setakat ini,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini, hari ini.

Terdahulu media tempatan melaporkan kewujudan produk kurma dari Israel dalam pasaran negara ini menjelang ketibaan bulan ramadan.

Ia sekali gus menimbulkan tanda tanya bagaimana produk berkenaan dibawa masuk ke Malaysia sedangkan tidak wujud hubungan perdagangan antara kedua-dua negara.

Sementara itu tinjauan Malaysiakini di beberapa pasar raya sekitar Kota Bharu juga tidak menemui sebarang jualan produk kurma dari Israel.

MENARIK:  Anak dipukul mati - setahun setengah masih menanti keadilan

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular