Tiada laporan 3R diterima sepanjang kempen di KKB – IGP

Shopee Sale

Polis tidak menerima sebarang laporan membabitkan isu 3R iaitu raja, agama dan kaum, sepanjang tempoh 14 hari kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) berlangsung.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata hasil pemantauan polis mendapati tiada isu sensitif dibangkitkan mana-mana pihak pada kempen berkenaan selain daripada isu pembangunan.

"Dari segi keselamatan, kebanyakan anggota dan pegawai memang sudah biasa mengurus dan menyusun atur keselamatan dan ketenteraman awam terutama sekali bagi pengundi dan petugas pilihan raya," katanya ketika ditemui selepas menghadiri taklimat di Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor di Hulu Selangor hari ini.

Kempen PRK KKB bermula pada 27 April lepas iaitu selepas pengisytiharan calon bertanding, dan tamat pada 11.59 malam tadi.

Razarudin berkata 190 permit kempen telah diluluskan kepada parti dan individu yang bertanding pada PRK berkenaan.

PRK KKB menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan Pang Sock Tao (Pakatan Harapan), Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas).

MENARIK:  Hari keputeraan Agong ke-17 pada 3 Jun, istiadat pertabalan pada 20 Julai

Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular