Tiada laporan terhadap Akmal berkait gambar pedang, kata IGP

Shopee Sale

Tiada laporan dibuat terhadap Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh berhubung catatannya di Facebook yang memaparkan gambarnya menghunus sebilah pedang tradisional Jepun, kata Ketua Polis Negara Razarudin Husain.

Dia mengulas soalan Senator Ti Lian Ker di Dewan Negara, semalam mengenai mengapa Adun Merlimau itu belum disiasat kerana menghasut.

Razarudin Husain

Razarudin dipetik oleh portal FMT sebagai berkata, polis hanya akan memulakan siasatan sekiranya laporan dibuat.

Pada 14 Mac lalu, Akmal memuat naik gambarnya menghunus sebilah pedang, sehari selepas kedai serbaneka KK Mart didapati menjual stoking yang tertera kalimah Allah.

“Walau apapun yang menimpa, kami tidak akan berganjak dengan pendirian kami. Biar mati berdiri daripada hidup melutut,” katanya sambil melampirkan gambarnya menghunus pedang samurai yang diambil semasa lawatan ke Jepun baru-baru ini.

Susulan kekecohan itu, KK Mart memohon maaf kepada semua pelanggannya khususnya masyarakat Islam dan mengesahkan tindakan segera telah diambil untuk menghentikan penjualan stokin berkenaan.

Akmal bagaimanapun terus mendesak agar rangkaian kedai serbaneka itu diboikot.

Ti semasa perbahasannya di Dewan Negara juga menimbulkan perbezaan layanan polis terhadap Akmal berbanding siasatan ke atas veteran DAP Lim Kit Siang tahun lepas, ketika dikaitkan dengan ucapannya kepada pelajar Malaysia di Manchester yang menyentuh tentang kemungkinan orang bukan Melayu menjadi perdana menteri Malaysia.

MENARIK:  Warga Thailand mengaku tak bersalah seleweng diesel

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular