Tiada salah laku polis dalam tangkapan dua lelaki positif dadah – IPD Pekan

Shopee Sale

Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan menegaskan tiada sebarang salah laku oleh pihaknya ketika menahan dua buruh lelaki di KM2 Jalan Kuantan-Pekan semalam, yang video kejadian itu tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Pekan Supt Mohd Zaidi Mat Zin berkata dalam Ops Cegah Jenayah kira-kira 9.40 malam itu, kereta jenis Perodua Axia yang dinaiki dua lelaki berkenaan telah ditahan sebelum pihaknya dan Agensi Antidadah Kebangsaan meminta suspek melakukan ujian saringan air kencing.

Beliau berkata semasa suspek hendak dibawa untuk melakukan ujian saringan itu, kedua-dua mereka yang berusia 20 dan 31 tahun cuba meloloskan diri untuk masuk semula ke dalam kenderaan berkenaan dengan menolak beberapa polis sehingga berlaku pergelutan.

"Akibat kejadian itu dua anggota polis terjatuh dan mengalami kecederaan ringan, bagaimanapun kedua-dua suspek berjaya ditahan. Tangkapan dibuat menggunakan kekerasan minimum dan tiada sebarang salah laku oleh polis," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata hasil ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua lelaki itu positif dadah jenis metamfetamina dan mereka kini disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

MENARIK:  Azmin terus tekan speaker DUN kosongkan kerusi Selat Klang

Sehuhungan itu, Mohd Zaidi menasihati orang ramai agar lebih bertanggungjawab dan tidak menularkan penugasan pihak polis dengan tujuan negatif selain memberi kerjasama kepada polis yang menjalankan tugas.

"Masyarakat juga diminta tidak membuat sebarang spekulasi ke atas insiden tersebut yang boleh mencemarkan imej polis Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan," kata beliau.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular