Tiada usaha hidupkan kembali ajaran Ayah Pin

Shopee Sale

Polis Terengganu setakat ini tidak mengesan sebarang petunjuk atau usaha untuk menghidupkan semula ajaran Ayah Pin yang difatwakan sesat pada 1997 itu.

Ketua Polis Terengganu Mazli Mazlan berkata menerusi tinjauan pihaknya di Kampung Batu 13, Hulu Besut, baru-baru ini didapati tiada aktiviti mencurigakan dijalankan oleh 124 orang penduduk di perkampungan itu.

Mereka yang berada di kawasan terbabit merupakan ahli keluarga dan saudara-mara Ayah Pin atau nama sebenarnya Ariffin Muhamad.

“Secara kasarnya, kami masih tidak kesan apa-apa. Cuma baru-baru ini mereka ada berkumpul buat macam doa selamat, jadi mungkin bila berkumpul itu dikatakan nak hidupkan semula ajaran ini.

“Memang kami ada terima maklumat dan pemantauan berterusan sentiasa dibuat bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).

"Tiada kompromi dan akan pastikan perkara ini tidak akan berulang lagi. Kalau ada kesalahan maka polis akan ambil tindakan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Mazli berkata pihak polis telah merakam keterangan seorang wanita yang membuat laporan di Pahang mengatakan ajaran sesat itu cuba dihidupkan kembali.

Katanya polis juga masih dalam pertimbangan sama ada hendak merakam keterangan pemilik akaun Facebook ‘Imam Muda Kulan’ yang turut mendakwa perkara sama.

MENARIK:  Khazanah catat untung operasi RM5.9 bilion bagi 2023

“Polis mengalu-alukan segala maklumat dan bukti daripada orang ramai berhubung perkara ini.

"Pada masa sama, diingatkan untuk tidak membuat kenyataan yang belum disahkan lagi dan tidak membesarkan isu ini yang masih dalam siasatan pihak berwajib,” katanya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular