Tiga ditahan kerana didakwa ugut pelanggan McD di Kuantan

Shopee Sale

Polis telah menahan tiga lelaki tempatan, termasuk seorang anggota tentera kerana didakwa melakukan provokasi dan ugutan terhadap pelanggan di sebuah restoran makanan segera McDonald’s di Sungai Isap, Kuantan di Pahang.

Menurut laporan China Press, yang memetik sumber polis, tangkapan tersebut dibuat pada Sabtu, sekitar jam 3.30 petang membabitkan seorang jurujual kereta berusia 33 tahun yang mempunyai rekod jenayah membabitkan dadah.

Manakala seorang lagi merupakan seorang kerani bank berusia 33 tahun dan seorang anggota tentera berusia 27 tahun yang berkhidmat di Kelantan.

Menurut laporan tersebut, pihak polis turut merampas sebuah kereta Honda, sebuah trak dan alat kawalan jauh.

Semalam, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu dipetik Kosmo Online berkata pihaknya giat mengesan suspek selepas laporan polis dibuat seorang lelaki berumur 40 tahun.

Katanya, berdasarkan laporan polis dalam kejadian kira-kira pukul 10.25 malam itu, beberapa lelaki yang sedang berkempen memboikot restoran McDonald’s telah memanggil pengadu dan mengeluarkan kata-kata kesat serta melakukan provokasi terhadap pengadu.

“Pengadu cuba menghindari mereka dengan masuk kembali ke dalam premis McDonald’s namun selepas keluar untuk pulang ke rumah, kumpulan lelaki itu sekali lagi melakukan provokasi terhadap pengadu.

“Ketika pengadu hampiri kumpulan lelaki berkenaan, salah seorang daripadanya capai topi keledar lalu diberi kepada kawannya dan lelaki itu ugut akan pukul pengadu namun situasi itu dileraikan isteri pengadu,” katanya.

MENARIK:  Lelaki didakwa muat naik komunikasi jelik pada Raja Perlis dirujuk ke psikiatri

Menurut Wan Mohd Zahari, pengadu kemudiannya datang ke balai polis bagi membuat laporan dan kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Katanya, pada masa ini pihak polis telah merakam percakapan pengadu dan saksi serta melakukan semakan kamera litar tertutup di premis berkenaan.

Jelasnya, berdasarkan siasatan awal modus operanandi suspek adakan mengugut memukul pengadu dengan topi keledar disebabkan pengadu masuk untuk makan di premis McDonald’s.

China Press melaporkan bahawa isteri pengadu telah campur tangan dan memujuknya untuk melaporkan kejadian itu kepada polis.

Di bawah Seksyen 506, ugutan bunuh boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun, denda, atau kedua-duanya sekali.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular