Tiga individu dicari polis Kelantan terkait kes jual beli tanah

Shopee Sale

Polis Kelantan sedang mengesan tiga individu termasuk dua beradik bagi membantu siasatan berkaitan kes penipuan urusan pembelian sebidang lot tanah dianggarkan bernilai RM320,000 di Kota Bharu, awal Jan tahun lalu.

Ketua Polis Kelantan Muhamad Zaki Harun berkata ketiga-tiga mereka dikenali sebagai Mohamed Zahiduddin Mohamed, 43; Luqman Nurhakim Perma Suria, 36; dan Mohamad Shukkram Perma Suria, 28.

Katanya pada Jan tahun lalu seorang pengusaha batik wanita berusia 53 tahun menjalankan urusan pembelian sebidang lot tanah berkeluasan 0.53 hektar di Mukim Guntong, Machang, bagi pihak suaminya.

“Mangsa telah membuat transaksi sebanyak RM320,000 kepada penjual di sebuah bank di Kubang Kerian dan disaksikan suaminya.

“Selepas pembayaran dibuat kepada penjual tanah, penama menyerahkan satu geran asal bagi urusan hartanah beserta satu salinan borang 14A yang tertera namanya dan turut menandatangani surat akuan sumpah,” katanya dalam sidang media di Machang hari ini.

Muhamad Zaki berkata pada 3 Ogos tahun lalu pula wanita berkenaan ke Pejabat Tanah Kota Bharu bagi urusan pindah milik tanah kepada nama suaminya namun dia dimaklumkan tanah itu sudah dipindah milik kepada nama orang lain.

Susulan itu, satu laporan polis dibuat oleh mangsa di Balai Polis Kubang Kerian pada tarikh yang sama selepas wanita terbabit berasakan dirinya terpedaya.

“Oleh itu, saya meminta mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat, Insp Siti Muslihah Mohamed di talian 010-9012988,” katanya.

MENARIK:  Aktivis tuntut Akmal, empat lain diharamkan ke Sarawak, Sabah

Sementara itu, Muhamad Zaki berkata proses untuk menahan bekas personaliti televisyen Norjuma Habib Mohamed yang hadir ke Kelantan semalam untuk tujuan perniagaan, diserahkan kepada pihak mahkamah untuk menentukan penahanannya.

“Sekiranya ada permintaan untuk polis menahan usahawan berkenaan, kami perlu melalui proses mahkamah sebelum bertindak,” katanya.

Pada 27 Jun, empat mahkamah majistret mengeluarkan waran tangkap terhadap Norjuma kerana gagal hadir di prosiding sebutan semula tiga pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas tiga individu dan dua pertuduhan melakukan khianat yang dihadapinya antara 2017 dan 2023.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular