Tiga lelaki ditahan bantu siasatan kes culik remaja di Pasir Gudang

Shopee Sale

Polis menahan tiga lelaki tempatan bagi membantu siasatan kes penculikan seorang remaja lelaki sehingga membawa kepada kecederaan, dalam kejadian di kawasan Taman Perumahan Kota Masai di Pasir Gudang di Johor Bahru semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Mohd Sohaimi Ishak berkata tiga individu termasuk seorang remaja berumur antara 15 hingga 37 tahun itu ditahan berasingan di sekitar kawasan Pasir Gudang hari ini.

“Seorang daripada individu yang ditahan didapati positif methamphetamine serta mempunyai 26 rekod lampau membabitkan pelbagai kesalahan jenayah," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata dalam kejadian kira-kira 5 petang Jumaat lepas yang turut tular dalam media sosial menerusi sebuah video itu, mangsa yang berusia 17 tahun dipercayai dipukul dengan menggunakan topi keledar sebelum ditarik masuk ke dalam bonet sebuah kereta Proton Satria warna kelabu.

Kemudian, beliau berkata mangsa dibawa ke sebuah rumah di lokasi berhampiran dan dipukul dengan kayu cota serta beberapa objek lain sehingga mengalami kecederaan lebam di pipi kanan, leher, bahu dan belakang badan serta mengalami pendarahan di telinga kiri.

Mohd Sohaimi bagaimanapun berkata motif kejadian sedang dikenal pasti dan usaha bagi mengesan serta menangkap individu lain yang dipercayai terlibat sedang giat dijalankan.

MENARIK:  Pemuda PKR: Akmal, jangan baling batu sembunyi tangan

Beliau berkata kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 363, Seksyen 148 dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam melalui talian hotline 07-3864222 atau Inspektor Randall Alister Manggie 011-21010320.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular