Tiga maut, empat parah traktor jatuh gaung

Shopee Sale

Tiga maut manakala empat lagi cedera parah selepas sebuah traktor yang dinaiki pekerja ladang, hilang kawalan dan jatuh ke dalam gaung di sebuah kawasan ladang sawit di Jalan Sapi Nangoh di Beluran petang semalam.

Ketua Polis Daerah Beluran Supt Hasan Majid berkata pihaknya menerima laporan mengenai kemalangan itu pada 5.42 petang semalam, melibatkan seorang lelaki warga Indonesia berumur 28 tahun, serta dua wanita warga Filipina (42 dan 28 tahun), maut di tempat kejadian.

“Manakala empat mangsa yang mengalami cedera parah ialah pemandu jentera lelaki Indonesia (29 tahun) dan tiga wanita Filipina (22, 26 dan 45 tahun).

“Ketika kejadian, semua mangsa berada di atas traktor yang sama, dan semasa traktor itu melalui jalan curam, pemandu gagal mengawal jentera mengakibatkan traktor itu terbabas dan terus menjunam ke dalam gaung,” katanya dalam kenyataan di Beluran malam tadi.

MENARIK:  Tujuh ditahan kes pergaduhan di bazar Ramadan

Hasan berkata siasatan mengenai kejadian itu masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular