Tiga penuntut IPTA ditahan kes pukul rakan

Shopee Sale

Polis menahan tiga penuntut lelaki sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Seri iskandar bagi membantu siasatan kes seorang pelajar lelaki dipercayai dipukul beramai-ramai.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Hafezul Helmi Hamzah berkata kesemua suspek berusia 18 hingga 20 tahun itu ditahan selepas pihaknya menerima laporan daripada bapa mangsa pada Selasa lepas.

"Bapa mangsa membuat laporan polis mengenai anaknya yang berusia 18 tahun telah dipukul beramai-ramai oleh teman sekuliah di asrama IPTA berkenaan dalam satu kejadian pada 15 Dis.

"Mangsa mengalami kecederaan pada bahagian telinga, luka dan bengkak pada bahagian atas kening sebelah kanan, lebam di bahagian tangan dan kaki kiri, kesan merah pada bahagian perut dan tengkuk.

“Mangsa berada dalam keadaan stabil setelah menerima rawatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Hafezul Helmi berkata berdasarkan hasil siasatan mendapati motif kejadian pukul berlaku disebabkan selisih faham dan provokasi antara mereka di dalam bilik asrama.

MENARIK:  PM New Zealand Luxon adakan lawatan rasmi ke Malaysia

Beliau berkata kesemua suspek direman tiga hari bermula Rabu lepas dan telah dibebaskan dengan jaminan polis manakala kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular