Tindakan Jaim pecat, tukar pegawai keterlaluan, zalim – PN

Shopee Sale

Pemimpin Perikatan Nasional (PN) tampil menyelar tindakan tatatertib Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) ke atas empat pegawainya susulan kecuaian memasukkan gambar pemimpin politik dalam paparan video khutbah Jumaat di negeri itu, minggu lalu.

Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang gambarnya  disiarkan di slaid semasa khutbah Jumaat di semua masjid dan surau di Melaka pada 20 September lalu berkata, tindakan termasuk memecat dan menukar jawatan ke atas pegawai Jaim berkenaan adalah  keterlaluan.

MENARIK:  KM: P Pinang selaras naik gaji penjawat awam ikut persekutuan

“Saya amat bersimpati dan terkejut dengan tindakan yang amat keterlaluan dikenakan ke atas pegawai Jaim yang terlibat,” katanya dalam satu hantaran di X.

.

Slaid Jaim yang bertajuk “Negaraku, Tanah Air Ku”, bersempena sambutan Hari Malaysia 16 September itu mencetuskan kontroversi apabila wajah Abdul Hadi diselitkan bersebelahan dengan sepotong ayat berbunyi; “Keamanan dan kemajuan negara hendaklah dipertahankan, dan memerlukan pemimpin yang adil dan jujur, masyarakat yang harmoni, rakyat yang berdisiplin dan berbudi mulia”.

Dalam slaid berasingan, turut dipaparkan wajah bekas Yang di-Pertuan Agong ke 16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berbanding wajah Agong baharu, Sultan Ibrahim.

Ia menimbulkan pelbagai persoalan kerana agensi kerajaan sendiri dikatakan tidak mengemaskini info pentadbiran baharu dan didakwa tidak cakna dengan larangan penyebaran agenda politik di masjid.

Jaim bagaimanapun dalam satu kenyataan, kemudian membuat permohonan maaf atas kekhilafan tersebut dan menjelaskan terdapat ralat dalam infografik yang disediakan serta menarik balik infografik tersebut dengan serta merta.

Sementara itu, ahli Parlimen Masjid Tanah, Mas Ermieyati Samsudin pula berkata, tindakan memecat atau penukaran jawatan itu adalah bersifat politik, semata-mata.

Dalam satu hantaran di Facebook, pemimpin Bersatu itu yang juga adalah pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berkata, ini jelas menunjukkan pemikiran kerajaan negeri yang sempit, dan zalim.

Mas Ermieyati Samsudin

“Ke sebab nak menjaga hati rakan sekutu iaitu DAP dalam kerajaan negeri Melaka ni? “

“Sampai menyebabkan tindakan menakut-nakutkan orang ramai dengan imej ulama boleh menyebabkan keharmonian tergugat!!

“Gila!” tulisnya.

Mas Ermieyati juga mengingatkan bahawa Abdul Hadi merupakan mantan naib ketua Kesatuan Ulama Sedunia malah dia telah menghasilkan ratusan kitab agama dan menulis tafsirnya sendiri.

“Zalim benar kerajaan negeri Melaka ni!

“Takkan dengan ada gambar Abdul Hadi dalam slaid yang tak beberapa saat dalam khutbah Jumaat baru-baru ini sampai boleh buat tindakan memecat atau menukar pegawai Jaim,” katanya.

Semalam, exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Rahmad Mariman berkata tindakan termasuk memecat dan menukar jawatan itu diambil berikutan kecuaian berkenaan menimbulkan keresahan serta rungutan awam sehingga boleh menjejaskan keharmonian masyarakat Islam di negeri terbabit.

Dalam masa, katanya, Jaim memberi jaminan kesilapan seumpama itu tidak akan berulang, malah menganggap isu berkenaan sudah selesai.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular