‘Tindakan tak rasional’ – Pemuda PH kecam serangan bom di KK Mart

Shopee Sale

Pemuda PH menyuarakan kebimbangan berhubung serangan bom kedua di kedai serbaneka KK Mart, yang terjadi di Kuantan, Pahang awal pagi ini.

Dalam kenyataan bersama, ketua Pemuda keempat-empat parti komponen PH berkata sebarang tindakan tidak rasional dan di luar batas undang-undang perlu dikecam.

"Mana-mana pihak yang terus mengapi-apikan dan menunggang isu ini sehingga mengakibatkan berlaku kegiatan ekstremisme dan perbuatan melampau haruslah dihukum mengikut lunas undang-undang sedia ada," kata mereka.

Kenyataan itu dikeluarkan Ketua Pemuda PKR Adam Adli Abdul Halim, Ketua Pemuda DAP Dr Kelvin Yii, Ketua Pemuda Amanah Hasbie Muda dan Ketua Pemuda Upko Felix Joseph Saang.

Selain itu, mereka membangkitkan titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar agar semua pihak berhenti daripada mengambil kesempatan daripada itu tersebut, kerana ia sudah pun memasuki proses undang-undang.

"Maka kami menyeru agak semua pihak tenteram dan biar pihak berkuasa untuk menjalankan tugas dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk meredakan keadaan sebelum ia bertambah parah," kata mereka.

Dalam kenyataan berbeza, Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP berkata dua insiden serangan bom itu sebagai amat membimbangkan dan boleh mengakibatkan konflik antara kaum, jika tidak ditangani dengan cermat.

"Walaupun CEC DAP memahami bahawa isu stoking itu telah mengguris perasaan umat Islam, namun apa-apa tindakan seharusnya mengikut lunas undang-undang dan bukannya mengambil jalan keganasan.

MENARIK:  Anwar: Ruang berfikir, berkarya di Malaysia perlu lebih bebas

"Kami menggesa supaya pihak berkuasa membuat siasatan menyeluruh terhadap dua insiden serangan ini supaya pelaku yang bertanggungjawab di bawa ke muka pengadilan," kata jawatankuasa itu.

Hari ini, Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata serangan itu berlaku kira-kira pukul lima pagi di cawangan KK Mart di Sungai Isap, Kuantan.

Siasatan awal menunjukkan pelaku mungkin membaling bom dari jarak tertentu bagi mengelak dirakam kamera litar tertutup kedai tersebut.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular