Titah adendum: KSN 87 mahu semakan kehakiman Najib dibuat di mahkamah terbuka

Shopee Sale

Kelab Sahabat Najib 1987 (KSN 87) mahu semakan kehakiman yang dikemukakan Najib Razak berhubung titah adendum perlu dilakukan di mahkamah terbuka dan bukannya di dalam kamar kehakiman.

Presiden KSN 87 Abdul Rahman Bakar (gambar bawah) berkata kerajaan perlu memberi penjelasan kerana ia membabitkan titah Yang di-Pertuan Agong.

"Dalam hubungan ini, saya bagi pihak rakan-rakan meminta pihak berwajib tidak berdolak dalik untuk menjelaskan perkara ini di mahkamah nanti.

“Ia bukan perkara biasa tetapi melibatkan (titah) mantan Yang Di-Pertuan Agong ke-16 yang sewajarnya tidak patut dipolitikkan.

"Sedari itu, kami berterima kasih dan tabik kepada Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang telah menandatangani satu afidavit menyokong permohonan ini. Ia jelas menggambarkan bahawa Umno tidak berbelah bahagi menyokong permohonan DSN (Najib).

"Kami juga berharap kes ini dilaksanakan di mahkamah secara terbuka bukannya di kamar kehakiman kerana melibatkan individu berprofil tinggi dan rakyat jelata begitu teruja untuk mengetahui kedudukan sebenar," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pada 17 April lalu, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri menyokong dakwaan Najib berhubung dakwaan kewujudan titah adendum (tambahan) agar dia menghabiskan baki hukuman penjara dengan tahanan di rumah.

Ahmad Zahid yang juga presiden Umno menyokong dakwaan itu menerusi afidavit yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 April lalu.

Dia mendakwa dalam pertemuan di rumahnya pada 30 Januari lalu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Abdul Aziz memaklumkan kepadanya berhubung kewujudan titah adendum tersebut yang bertarikh 29 Januari 2024.

"Saya sesungguhnya percaya bahawa untuk tempoh masa yang mencukupi saya melihat dan membaca titah adendum, dan saya melihat dengan jelas semua kandungannya dan bahawa ia merupakan sebahagian daripada proses pengampunan pemohon (Najib) yang merupakan tambahan kepada titah utama, kedua-duanya betarikh 29 Januari 2024.

"Justeru, saya dengan ini mengesahkan kewujudan titah adendum bertarikh 29 Januari 2024 yang dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

"Saya juga percaya selain saya dan Tengku Zafrul, anggota kerajaan yang lain telah melihat titah adendum tersebut. Secara khusus, saya sedar bahawa Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail juga telah melihat salinan titah adendum dan boleh mengesahkan perkara yang sama," menurut Ahmad Zahid.

Najib memfailkan permohonan semakan kehakiman pada 1 April lalu, ketika menjalani hukuman di Penjara Kajang dalam kes rasuah SRC International.

MENARIK:  PM: Tak apa jatuh taraf kebebasan media kerana tegas tangani isu 3R

Menurut afidavit sokongan yang dibuatnya, Najib mendakwa titah adendum (tambahan) dalam pengampunan diraja membenarkannya untuk menghabiskan baki hukuman penjara enam tahun dengan tahanan di rumah.

Sementara itu, Abdul Rahman yang juga bekas ahli parlimen Marang berkata KSN 87 akan terus menyokong Ahmad Zahid dalam usaha membela Najib.

‘Tangan lain pandu kerajaan’

"Sesungguhnya, KSN 87 tidak akan berganjak dan menyokong penuh pendirian presiden Umno demi untuk menampakkan sebuah keadilan untuk seorang yang berjasa kepada negara tercinta dan mengharapkan pihak MKT UMNO menyatakan pendirian secara ' loud and clear' and 'without fear and favour' ke atas permohonan DSN ini.

"Dan kami tidak mahu ada 'tangan lain' yang memandu kerajaan perpaduan sedangkan kita adalah bersama-sama menubuh dan mewujudkan kerajaan yang ada pada hari ini," katanya lagi.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular