TLDM batal semua sambutan ulang tahun ke-90, ganti dengan majlis tahlil

Shopee Sale

Semua acara sempena Ulang Tahun ke-90 Perbarisan Hari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang dijadual bermula Sabtu ini di Pangkalan TLDM di Lumut dibatalkan dan digantikan dengan majlis tahlil serta doa selamat.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata keputusan itu dibuat bagi menghormati anggota keluarga serta waris 10 pegawai dan anggota TLDM yang terkorban dalam tragedi dua helikopter bertembung pagi tadi.

"Pembatalan itu termasuk majlis perbarisan sempena ulang tahun tersebut di Pangkalan TLDM di sini pada minggu ini serta Hari Terbuka Armada yang dijadualkan dari 3 hingga 5 Mei 2024.

"Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang juga Kapten Kehormat TLDM, berkenan agar pembatalan sambutan itu dilakukan dan baginda turut berkenan mencemar duli bagi majlis berkenaan (tahlil dan doa selamat)," katanya pada sidang media di Lumut hari ini.

Hadir sama Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jeneral Tan Sri Mohamad Ab Rahman dan Timbalan Panglima TLDM Laksamana Madya Datuk Zulhelmy Ithnain.

Mohamed Khaled, yang meninjau lokasi nahas, berkata siasatan awal mendapati kesemua mangsa maut di lokasi kejadian iaitu kawasan kolam renang dan Stadium TLDM di Kompleks Sukan TLDM.

"Seorang anggota tentera yang berada di kawasan kolam renang turut mengalami kecederaan ringan akibat terkena serpihan badan helikopter ketika kejadian.

MENARIK:  Festival George Town mohon maaf, padam video promosi

"Semua ahli keluarga mangsa yang terlibat dibawa ke Lumut termasuk yang berada di Kota Kinabalu yang akan diterbangkan menggunakan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan saya difahamkan ia dijangka tiba petang ini," katanya.

Beliau juga berkata kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh untuk proses bezah siasat dan jenazah akan diserah kepada waris serta keluarga bagi pengebumian di kampung halaman masing-masing.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular