TMJ bersuara, harap ada keadilan untuk mangsa

Shopee Sale

Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail bertitah bahawa baginda tidak merestui sebarang tindakan yang menyalahi undang-undang.

Kenyataan itu dikeluarkan ketika pegawai pengiring baginda didakwa memukul seorang pemandu kurang upaya di sebuah hotel di Kuala Lumpur baru-baru ini.

“Saya tidak membenarkan sebarang tindakan atau ugutan yang menyalahi undang-undang. 

“Saya menggesa pihak berkuasa untuk menyiasat secara menyeluruh berkaitan kejadian seorang pegawai polis pengiring yang didakwa melakukan perbuatan berbahaya,” titah baginda di media sosial.

Polis kelmarin mendedahkan membuka kertas siasatan berhubung kejadian pemandu pekak yang didakwa dipukul oleh pengiring  Tunku Mahkota Ismail pada Selasa lalu.

Beberapa jam selepas itu, polis bagaimanapun mengeluarkan kenyataan bahawa pengadu membuat laporan polis kedua yang berkata perkara itu telah selesai cara baik dan dia tidak mahu memanjangkan kes.

Bagaimanapun pelbagai pihak, termasuk ahli politik kerajaan dan pembangkang, NGO pekak serta kumpulan peguam mahu siasatan kes itu diteruskan.

Sementa itu, Tunku Mahkota Ismail juga berharap pihak berkuasa akan mengambil tindakan mengikut undang-undang dan memberi keadilan sebaiknya kepada mangsa.

MENARIK:  ‘Masak di stesen minyak sebab lapar’

Merujuk kepada insiden Selasa lalu, Tunku Mahkota Ismail bertitah bahawa baginda telah mengarahkan pasukan pengiring keselamatan polis untuk bekerjasama dengan pihak penyiasatan. 

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular