TMJ nafi jadi dalang serangan asid Faisal Halim

Shopee Sale

Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail akhirnya memberikan respon baginda berhubung dakwaan yang dilemparkan kepadanya mengenai serangan asid ke atas pemain Selangor FC, Faisal Halim, baru-baru ini.

Bertitah pada suatu program di Johor semalam, baginda mendakwa dirinya tidak mempunyai sebarang sebab untuk mendalangi serangan terhadap Faisal.

Titah baginda, ada sasaran yang lebih besar dalam negara ini yang perlu diberi tumpuan.

“Tetapi ada apa kena mengena dengan saya? Ada pihak cakap yang Tunku Mahkota Ismail adalah mastermind (simbah asid). Kalaulah saya ini nak habiskan orang, ada sasaran yang lebih besar di dalam negara.

“Contohnya orang yang mengambil duit rakyat atau mereka yang bertanggungjawab rompak hasil duit rakyat, mereka yang membebankan rakyat, atau orang yang bertanggungjawab terhadap krisis perlembagaan di negara ini.

“Bagi saya, orang seperti ini yang lebih penjenayah, bukan pemain bola sepak. Dia (Faisal) hanyalah pemain bola sepak," titah baginda pada sesi podcast program Johor Youth Meet-up di Kompleks Sukan Educity, semalam.

Hadir sama Menteri Besar, Onn Hafiz Ghazi, Setiausaha Kerajaan Johor, Dr Azmi Rohani dan barisan exco negeri.

Pada 5 Mei lepas, Faisal mengalami kelecuran tahap empat pada beberapa bahagian anggota badan selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya.

Dia juga terpaksa dirawat di unit rawatan rapi selama kira-kira 10 hari dan menjalani beberapa pembezahan sebelum dibenarkan keluar pada 25 Mei.

Insiden itu berlaku selang dua hari selepas pemain sayap Terengganu FC, Akhyar Rashid, diserang oleh dua individu di Terengganu.

Meskipun Tunku Ismail mengakui bahawa Faisal adalah pemain yang bagus, namun baginda bertitah pemain Selangor FC itu bukanlah ancaman kepada pasukannya, JDT.

MENARIK:  Tabung Haji umum agihan keuntungan 3.10 peratus

“Tahun lalu, JDT menentang Selangor dan kami menang 4-0, 4-0 dan 2-0. Faisal Halim bermain (dalam perlawanan itu).

“Jadi Faisal Halim bukan ancaman kepada saya,” titahnya.

Titah Tunku Ismail itu lagi, baginda rasa terhina apabila orang ramai menuduhnya dalang di sebalik serangan asid tersebut.

Baginya, tindakan sedemikian adalah tidak wajar dan hanya dilakukan oleh orang yang lemah.

“Faisal Halim cuma pemain bola sepak, takkan orang Selangor tak boleh fikir dengan cara rasional. Saya nak 'habiskan' dia buat apa? Saya rasa macam hina juga. Macam bapuk main buang-buang asid.

“Macam lembik main-main buang asid. Kalau nak 'habiskan' orang, kita 'habiskan' terus. Tetapi itulah yang saya cakap, macam manalah orang boleh kaitkan,” titah baginda.

[Baca berita asal]

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular