Tok Mat ketuai delegasi M'sia ke sidang tertinggi isu Gaza di Jordan

Shopee Sale

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan akan mengetuai delegasi Malaysia ke Persidangan Peringkat Tinggi “Panggilan Untuk Bertindak: Respons Kemanusiaan Segera untuk Gaza” yang akan berlangsung di Jordan pada 11 Jun ini.

Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan pada Ahad berkata penyertaan Malaysia dalam persidangan ini atas jemputan Raja Jordan, Raja Abdullah II, Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi dan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) António Guterres.

Ia berkata penyertaan dalam persidangan itu merupakan bukti usaha tidak berbelah bahagi Malaysia bagi memastikan penyaluran bantuan kemanusiaan tanpa halangan kepada penduduk Palestin.

Mohamad dijangka mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatannya untuk menilai kemajuan kerjasama dua hala dan meneroka bidang baru kerjasama, termasuk dalam konteks respons kemanusiaan untuk Gaza semasa lawatannya ke Jordan.

Malaysia kekal komited dalam usahanya untuk penubuhan sebuah negara Palestin yang berdaulat dan merdeka berdasarkan sempadan pasca-1967dengan Baitulmuqaddis Timur sebaagi ibu negaranya serta kemasukan Palestin sebagai anggota penuh PBB.

MENARIK:  Kada: Pembenihan awan akan dilaksana bila-bila masa di kawasan padi

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular