Tol percuma bermula esok hingga 30 Okt sempena Deepavali

Shopee Sale

Pengguna lebuh raya bakal menikmati tol percuma bermula 29 sehingga 30 Oktober ini bagi menyambut Deepavali.

Menteri Kerja Raya Alexander Nanta Linggi berkata, pemberian tol percuma itu bermula 12.01 tengah malam ini dan akan berakhir pada 11.59 malam, 30 Oktober yang bakal dinikmati oleh pengguna kenderaan kelas persendirian.

“Kos pemberian tol percuma yang dianggarkan sebanyak RM38 juta itu akan ditanggung oleh Kerajaan Madani dengan bayaran pampasan dibuat kepada semua syarikat konsesi tol yang terlibat.

“Pengecualian tol akan diberikan hanya kepada kenderaan Kelas 1 (kenderaan persendirian) sahaja di semua plaza tol kecuali plaza tol di sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Lebuhraya Utara Selatan (Plus) dan Tol Tanjung Kupang, Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) Johor Darul Takzim.

“Pemberian tol percuma ini adalah selaras dengan teras utama Kerajaan Madani iaitu Kesejahteraan dan Ihsan dalam membantu meringankan kos sara hidup rakyat disamping mengukuhkan budaya perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

MENARIK:  Bekas tentera hadapi 15 tuduhan cabul, cederakan prebet lelaki

Nanta berkata, berharap pengguna lebuh raya akan memanfaatkan peluang ini sebaiknya dan menasihatkan mereka supaya merancang perjalanan dengan sewajarnya untuk melancarkan perjalanan.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular