TPM: Bina saluran dari Sg Sarawak ke Sg Salak solusi banjir Kuching

Shopee Sale

Pembinaan sebuah saluran atau kanal untuk mengalihkan air dari Sungai Sarawak ke Sungai Salak di Kuching, merupakan antara solusi menyelesaikan masalah banjir di Kuching.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata projek tersebut, kini dalam peranancangan.

“Dengan adanya kanal ini maka saluran air akan dipecah dua dan tidak lagi tertumpu di Sungai Sarawak sahaja, tetapi ke kawasan lain di Sungai Salak.

“Kini proses reka bentuk sedang dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak, apabila reka bentuk dah siap tahun ini kita dapat buka tender dan mungkin tahun depan kerja pembinaan dapat bermula,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Back2School Petra Jaya di Kuching, hari ini.

Pada 2 hingga 5 Mac, situasi banjir telah melanda kawasan selatan Sarawak dengan lebih 1,000 orang telah dipindahkan di pusat pemindahan sementara (PPS).

MENARIK:  Keluarga komander Firdaus mohon diberi ruang bertenang

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular